Masjid Terapung Yan Kedah

Directions

Masjid Terapung Yan Kedah Masjid Terapung Daerah Yan Kedah

🦟🚫 JUMAAT TIBA LAGI!⏰ 10 MINIT SEMINGGU UNTUK CEGAH DENGGI!🌿 DAERAH YAN LESTARI, BEBAS DENGGI!Tahukah anda? Nyamuk Aedes...
13/11/2026

🦟🚫 JUMAAT TIBA LAGI!
⏰ 10 MINIT SEMINGGU UNTUK CEGAH DENGGI!

🌿 DAERAH YAN LESTARI, BEBAS DENGGI!

Tahukah anda? Nyamuk Aedes boleh membiak dalam takungan air yang sedikit, termasuk di dalam pasu bunga, bekas terbuang dan tayar lama.

💚 Hanya 10 minit setiap minggu mampu membawa perubahan besar!

Jadikan setiap hari Jumaat sebagai rutin keluarga untuk:

✅ Periksa kawasan rumah dan persekitaran.

✅ Buang air bertakung dalam bekas dan alas pasu.

✅ Gosok dan bersihkan bekas simpanan air.

✅ Tutup rapat semua tempat simpanan air.

✅ Lupuskan barang terbuang yang boleh menakung air.

🏡 Rumah bersih, persekitaran selamat, komuniti sihat!

Jangan tunggu sehingga ada kes denggi di kawasan kita. Pencegahan bermula dengan tindakan kecil yang dilakukan secara konsisten.

💪 10 MINIT SAHAJA, SEKALI SEMINGGU!

🌿 DAERAH YAN LESTARI
Persekitaran Terpelihara, Komuniti Sejahtera.

Pejabat Kesihatan Daerah Yan

12/11/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Jangan Jadi Orang Celaka*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا ثُمَّ لَمْ يَدْخُلْ الْجَنَّةَ

_*Daripada Abu Hurairah RA dia berkata bahawa Nabi SAW bersabda: "Celaka dia! Celaka dia! Celaka dia!" lalu para sahabat bertanya; "Siapakah orang yang celaka, wahai Rasulullah?" Jawab Nabi SAW: "Barang siapa yang sempat bersama kedua ibu bapanya ketika mereka sudah tua (dalam usia lanjut), atau salah seorang dari keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan berusaha berbakti kepadanya dengan sebaik-baiknya)."*_ (HR Muslim No: 4628) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1. Jangan jadikan kita orang yang celaka dan dimurkai Allah.

2. Orang yang celaka adalah mereka yang masih ada ibu atau bapa yang sudah lanjut usia tetapi tidak berusaha berbakti kepada mereka. Betapa berat dosa anak yang mengabaikan ibu bapa, khususnya ketika mereka telah mencapai usia tua.

3. Berbakti kepada ibu bapa adalah jalan menuju syurga. Peluang untuk menyantuni, menjaga dan berkhidmat kepada ibu bapa, terutamanya ketika mereka tua, adalah peluang keemasan untuk memperoleh reda Allah SWT.

4. Kedua ibu bapa ketika sudah tua mungkin mengalami kelemahan fizikal, kemerosotan kesihatan, kesukaran bergerak dan kebergantungan kepada bantuan anak-anak. Mereka amat memerlukan layanan, bantuan, dan kasih sayang anak-anak.

5. Menurut al-Nawawi, berbuat baik kepada ibu bapa merangkumi layanan yang baik, pemberian nafkah apabila diperlukan serta pelbagai bentuk kebajikan yang mampu dilaksanakan oleh anak-anak.

6. Celaka dan rugilah anak-anak yang tidak sanggup berbakti, menyantuni, menjaga kedua ibu bapa dan bersabar melayani keduanya. Ada yang menghantar kerumah orang tua dan dibiarkan ibu bapanya tanpa diziarahi.

7. Ibn Ḥajar menegaskan bahawa hadis ini mengandungi peringatan keras bahawa berbakti kepada ibu bapa merupakan antara sebab utama seseorang dimasukkan ke dalam syurga, manakala derhaka kepada mereka menjadi punca kebinasaan dan kemurkaan Allah SWT.

8. Bagi yang masih ada ibu atau bapa yang sudah tua, rebutlah peluang berbakti dan berbuat baik kepada mereka dengan segala daya upaya.

9. Daripada Abu Darda’ RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

الوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الجَنَّةِ، فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ البَابَ أَوْ احْفَظْهُ

*“Ibubapa (orang tua) merupakan pintu tengah syurga (paling utama), Jika kamu mahu sia-siakanlah pintu itu atau peliharalah ia”.* (HR Tirmizi No:1900)

10. Syeikh al-Mubarakfuri ketika mensyarahkan hadis ini berkata bahawa kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. Barangsiapa yang mentaati orang tua maka dia telah mentaati Allah dan barangsiapa yang memurkai mereka sesungguhnya mereka dimurkai Allah. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 21,23/6]

*Bersama membina keluarga bahagia. KASIH Keluarga, Jiwa Negara. Bulan Keluarga Kebangsaan 2026.*





03hb Jamadil Akhir 1448H
13hb November 2026

🌸✨ **JOM HADIR! KULIAH DHUHA DI MASJID TERAPUNG YAN!** ✨🌸🕌 **MENCARI KETENANGAN, MENAMBAH ILMU, MENGHARAPKAN REDA ALLAH ...
12/11/2026

🌸✨ **JOM HADIR! KULIAH DHUHA DI MASJID TERAPUNG YAN!** ✨🌸

🕌 **MENCARI KETENANGAN, MENAMBAH ILMU, MENGHARAPKAN REDA ALLAH SWT.**

Ayuh muslimin dan muslimat! Luangkan masa untuk mengimarahkan pagi kita dengan pengisian ilmu yang bermanfaat menerusi **KULIAH DHUHA** bersama pendakwah yang tidak asing lagi.

🎙️ **PENCERAMAH JEMPUTAN:**
Al-Fadhil Ustaz Haji Hasbullah bin Othman (Ustaz Ibrahim)
Tuan Imam Masjid Abdul Rahman Putra Al Haj, Sungai Yan.

📅 **TARIKH:** 16 November 2026 (Isnin)
⏰ **MASA:** 9.00 Pagi
📍 **TEMPAT:** Masjid Terapung Yan, Kedah.

💚 Jangan biarkan pagi berlalu begitu sahaja tanpa pengisian rohani. Marilah kita bersama-sama menimba ilmu, menyuburkan iman dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

🌹 **ILMU ITU CAHAYA, JALAN MENUJU REDA ALLAH.**

📢 **MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR!**

Bawa keluarga, sahabat handai dan kenalan. Semoga kehadiran kita menjadi asbab bertambahnya ilmu dan keberkatan dalam kehidupan.

🤲 *Rebut peluang mencari ilmu, kerana ilmu adalah bekalan sepanjang hayat.*

**ANJURAN:**
Ahli Jawatankuasa Kuliah Dhuha / Kelas Al-Quran Kak Cik.
teratas

Kasih sayang kerana Allah SWT..💖💖💖Ukhwah sehingga ke Jannah..aminnn
10/11/2026

Kasih sayang kerana Allah SWT..💖💖💖
Ukhwah sehingga ke Jannah..aminnn

07/11/2026
6 November 2026 ( Jumaat )LAWATAN KUMPULAN MUSLIMAH MASJID KARIAH WILAYAH KRABI, THAILAND KE MASJID TERAPUNG YAN KEDAHMa...
06/11/2026

6 November 2026 ( Jumaat )
LAWATAN KUMPULAN MUSLIMAH MASJID KARIAH WILAYAH KRABI, THAILAND KE MASJID TERAPUNG YAN KEDAH

Masjid Terapung Yan Kedah telah menerima kunjungan mahabbah daripada Kumpulan Muslimah Masjid Kariah Wilayah Krabi, Thailand. Lawatan ini diadakan bagi mengeratkan lagi ikatan ukhuwah silaturahim merentasi sempadan, di samping berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan aktiviti serta peranan Muslimah masjid.

Pihak Pentadbiran Masjid Terapung Yan turut berkesempatan memberikan penerangan dan berkongsi pengalaman sepanjang kunjungan mahabbah ini berkaitan pengoperasian, peranan kariah, serta inisiatif kemasyarakatan masjid.

Masjid Terapung Yan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Kumpulan Muslimah Masjid Kariah Wilayah Krabi, Thailand kerana sudi bertandang ke MTY. Semoga kunjungan mahabbah ini membawa berkat dan mengeratkan lagi hubungan ummah sejagat. Aminnn





7/11/26 (Sabtu)In syaa Allah antara aktiviti yang akan berlangsung di Masjid Terapung Yan Kedah
06/11/2026

7/11/26 (Sabtu)

In syaa Allah antara aktiviti yang akan berlangsung di Masjid Terapung Yan Kedah




In syaa Allah antara aktiviti yang akan berlangsung di Masjid Terapung Yan Kedah
06/11/2026

In syaa Allah antara aktiviti yang akan berlangsung di Masjid Terapung Yan Kedah






23.10.2026HARI KEDUASAMBUTAN 100 HARI MASJID TERAPUNG YAN -KULIAH SUBUH KHAS BERSAMA USTAZ MOHAMAD NIZAM MD NOH-PERTANDI...
04/11/2026

23.10.2026
HARI KEDUA
SAMBUTAN 100 HARI MASJID TERAPUNG YAN
-KULIAH SUBUH KHAS BERSAMA USTAZ MOHAMAD NIZAM MD NOH
-PERTANDINGAN AZAN IQAMAT
-SLOT MUSLIMAT
-RIDE SANTAI SAHABAT BIKERS MASJID
- QASIDAH BERSAMA TAHFIZ AL FURQAN
-FORUM PERDANA BERSAMA USTAZ HASLIN, USTAZ ABDULLAH KHAIRI DAN USTAZ LUTFI AMIR

Address

Masjid Terapung Yan
Yan
06900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Terapung Yan Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category

Nearby grocery stores