CEO Berita Semasa

CEO Berita Semasa BERITA TERKINI

Awas ! Luruan monsun akan melanda.Terdapat sel tekanan udara tinggi yang kuat di pedalaman Asia ketika ini sehingga bebe...
18/11/2025

Awas ! Luruan monsun akan melanda.

Terdapat sel tekanan udara tinggi yang kuat di pedalaman Asia ketika ini sehingga beberapa hari ke hadapan.

Kehadiran sel tekanan udara tinggi yang kuat tersebut menyebabkan berlaku ledakan keluar udara sejuk ke kawasan rantau negara kita yang dikenali sebagai luruan monsun. Luruan monsun merupakan salah satu ciri lazim ketika monsun timur laut.

Angin monsun timur laut akan bertiup lebih kencang berbanding kebiasaan. Keadaan ini akan menyebabkan perairan laut China selatan agak bergelora. Selain itu, ledakan udara sejuk itu juga ketika melalui perairan akan membawa kelembapan bersamanya yang boleh mencetuskan keadaan cuaca yang lebih lembap.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran cuaca waspada yang berkuatkuasa bermula dari 19 November sehingga 21 November 2025.

Hujan berterusan dijangka berlaku di :-

- Perlis.
- Kedah.
- Pulau Pinang.
- Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar).
- Kelantan.
- Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang).

Amaran angin kencang dan laut bergelora berkuatkuasa dari 19 November sehingga 23 November 2025.

- Kategori Pertama (40-50 Kmsj; Ketinggian Ombak 2.5-3.5 m).
Samui, Utara Tioman, Condore, Timur laut dan barat daya Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

- Kategori Kedua (50-60 Kmsj; Ketinggian Ombak 3.5-4.5 m).
Timur laut Condore, Barat laut Reef North..

Kawasan lain yang tidak diletakkan di bawah amaran cuaca waspada juga perlu sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Orang ramai yang tinggal di kawasan berisiko banjir sila lebih peka dengan sebarang amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa..

1) Peta cuaca JMA pada 18 November 2025, jam 08:00 AM.
2) Corak tiupan angin pada paras 925 hPa RJTD pada 18 November 2025, jam 08:00 AM.
3) Amaran cuaca waspada MMD
4) Amaran angin kencang dan laut bergelora MMD

18/11/2025

mohon follow page
berita semasa

Address

Kampung Gua
Ulu Klang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CEO Berita Semasa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category