Serunding Soho Kg Laut - Online Store

Serunding Soho Kg Laut - Online Store Kami menjual dan membekal serunding asli resepi turun temurun dari Kg Laut Kelantan keseluruh Malaysia dengan harga terendah. Dijamin sedap...

Address

Tumpat
16200

Telephone

0139348062

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Serunding Soho Kg Laut - Online Store posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category

Serunding Kelantan (Kg Laut)

Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dll.

Serunding berasal dari Negeri Kelantan Darulnaim dan banyak diusahakan secara tradisional di Kampung Laut, Jajahan Tumpat, Kelantan. Kini Kampung Laut menjadi pusat pembuatan serunding yang terbesar di Malaysia.

Tarikh kewujudan serunding belum dapat dipastikan, namun perusahaan serunding di Kampung Laut telah dipelopori oleh Allahyarhamah Mek Som binti Ismail atau lebih dikenali Mak Som Pak Soh Lotri oleh penduduk setempat. Kini perusahaan pembuatan serunding diwarisi oleh anak cucu beliau yang ramai.