08/01/2023
Jual beli baja najis ayam HARAM ??
Ramai orang tahu, baja tahi ayam menjadi salah satu baja organik yang digunakan oleh petani-petani yang mengusahakan tanaman. Disebabkan baja tahi ayam lebih mudah didapati dan membantu menyuburkan tanaman, ia menjadi pop**ar dan diminati oleh ramai pengguna.
Namun begitu, penjualan najis didalam perniagaan terutama dalam pembuatan baja menjadi kemusykilan sesetengah pengguna.
Menurut website Pejabat M***i Wilayah Persekutuan, syarat barang yang dijual supaya aqad jual beli itu sah adalah:
1. Bersih dan suci
2. Mendatangkan kebaikan
3. Mampu diserahkan
4. Dimiliki oleh peniaga
Tambahan p**a, baja najis ayam ini tidak disebut didalam katogeri najis seperti yg diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah R.A, sabda Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis Sahih Al-Bukhari ( 2236) dan Sahih Muslim ( 4132 ) yang mengatakan jual beli najis yang diharamkan itu seperti arak, bangkai, khinzir, berhala, dan lemak bangkai haiwan untuk menyalut sampan, meminyakkan kulit serta sebagai pelita.
Menurut Imam al-Nawawi, jual beli najis termasuklah baja yang mengandungi najis adalah haram. Namun begitu, para Ulama' Syafi'eyyah lain memberikan alternatif lain untuk membolehkan jual beli baja ini diHARUSkan dengan menamakan aqad itu dengan istilah Naql al-Yad iaitu menggugurkan hak atas pemilikan dengan menggantikan pada jumlah wang yg tertentu. Selain itu, perniaga baja boleh menggunakan kontrak Ijarah, iaitu pengambilan upah keatas sesuatu perkhidmatan. Contohnya: dengan harga baja sekian, upah diberikan kepada pemilik(peniaga) baja, kerana telah mengumpul, membungkus, mengangkut dan menguruskan baja tersebut.
Ini kerana, menurut Ulama Mazhab Hanafi, jual beli baja adalah halal dan aqadnya sah. Tambahan lagi, menurut Imam al-Nawawi, Ulama Mazhab Hanifah berpendapat najis itu boleh mendatangkan faedah dan manfaat, maka ia diHARUSkan jual seperti barangan lain.