Pemuda Wawasan Negara Bera

Call Directions

Pemuda Wawasan Negara Bera Pemuda Wawasan Negara Bera

19/10/2026

𝐏𝐄𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐖𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋, 𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝟏,𝟓𝟎𝟎 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

Pergerakan Pemuda Nasional Wawasan Negara memperkukuh struktur organisasinya menerusi pelantikan barisan kepimpinan nasional serta Ketua Pemuda di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan bagi menggerakkan agenda perjuangan parti itu.

Pelantikan berkenaan dimaklumkan menerusi kenyataan media Setiausaha Pemuda Nasional Wawasan Negara, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin, yang berlangsung di D’Village Resort Melaka, Ayer Keroh, pada Sabtu lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Pemuda Nasional, Muhammad Faiz Rahmad itu turut menyaksikan penyerahan surat cara pelantikan kepada barisan kepimpinan yang dilantik.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan peranan Pergerakan Pemuda dalam memperkukuh Wawasan Negara, selain menetapkan keperluan petunjuk prestasi utama (KPI) dan sasaran keberhasilan bagi memastikan pelaksanaan tugas lebih tersusun serta berkesan.

Persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka turut menjadi antara agenda utama perbincangan, selaras dengan usaha memperkemas gerak kerja politik parti di peringkat nasional dan negeri.

Mesyuarat itu juga memberikan penekanan terhadap hala tuju Pergerakan Pemuda yang seiring dengan matlamat Konsensus Nasional Baharu.

Dalam perkembangan berkaitan, lebih 1,500 pimpinan pemuda daripada pelbagai peringkat di Melaka menghadiri Himpunan Pemuda Wawasan Negara Negeri Melaka yang berlangsung di Pusat Komersial Bestari Jaya, Jasin, pada malam yang sama.

Himpunan itu turut dimeriahkan dengan konvoi anak muda yang melibatkan kira-kira 500 buah motosikal, sekali gus menjadi platform menghimpunkan jentera pemuda bagi memperkukuh hubungan dan semangat perjuangan dalam kalangan anggota.

Presiden Wawasan Negara, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, menyampaikan ucaptama pada himpunan berkenaan sebelum menyempurnakan penyerahan watikah pelantikan kepimpinan Pergerakan Pemuda Wawasan Negara serta pelancaran logo rasmi pergerakan itu.

Perkembangan tersebut menandakan usaha Wawasan Negara memperkemas organisasi pemudanya, memperjelas sasaran gerak kerja serta meningkatkan kesiapsiagaan jentera parti dalam menghadapi cabaran politik dan pilihan raya akan datang.

𝐌𝐲𝐖𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧
𝟏𝟗 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔

19/10/2026

𝐖𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐂𝐄𝐂𝐀𝐇 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝟏𝟎𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐄𝐍𝐀𝐌 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔

Parti Wawasan Negara berjaya memperoleh lebih 100,000 ahli dalam tempoh enam minggu, menurut pengumuman Presiden Wawasan Negara, Datuk Seri Hamzah Zainudin, sekaligus menunjukkan perkembangan keahlian yang pesat sejak parti itu mula diperkenalkan kepada umum.

Hamzah berkata, pencapaian itu membuktikan Wawasan Negara mempunyai potensi besar untuk berkembang sebagai wadah politik yang memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia.

“Enam minggu sahaja kita sudah pun mencapai satu angka yang orang mungkin hairan, yang mungkin orang tertanya-tanya bagaimana begitu cepatnya sebuah parti yang baru sahaja enam minggu sudah mencecah melebihi 100,000 ahli semuanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Himpunan Pemuda Wawasan Negara di Jasin, Melaka, pada malam 17 Oktober lalu.

Hamzah berkata, jumlah keahlian tersebut turut menepis tanggapan bahawa Wawasan Negara merupakan sebuah parti kecil, sebaliknya mencerminkan potensi parti itu untuk berkembang sebagai salah satu wadah perjuangan politik negara.

Menurutnya, Wawasan Negara membawa pendekatan berteraskan nilai sejagat dan tidak meletakkan identiti kaum sebagai satu-satunya asas perjuangan politiknya.

Beliau menjelaskan bahawa falsafah amar makruf nahi mungkar, iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, merupakan nilai yang boleh diterima oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Kita mahu satu parti yang benar-benar mempunyai falsafah berbeza daripada parti lain,” katanya.

𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍

Dalam ucapannya, Hamzah turut menggariskan agenda perjuangan Wawasan Negara yang memberi penekanan kepada usaha membina negara secara bersama serta memastikan kekayaan negara dapat dikongsi dengan lebih adil demi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Beliau berkata, rakyat perlu menikmati kehidupan yang lebih baik, mempunyai pendapatan mencukupi dan mampu memenuhi keperluan asas, termasuk menyediakan makanan untuk keluarga.

Pada masa sama, Hamzah menegaskan bahawa Wawasan Negara mahu membina sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa dengan menggabungkan pengalaman pemimpin serta idea baharu daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau turut menyeru Pemuda Wawasan Negada supaya memperkukuh gerak kerja parti dan memainkan peranan aktif dalam memastikan Wawasan Negara mampu memberikan saingan dalam pilihan raya akan datang.

𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝟏𝟎𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐀𝐇𝐋𝐈

Pencapaian lebih 100,000 ahli dalam tempoh enam minggu merupakan perkembangan penting bagi Wawasan Negara. Bagaimanapun, kekuatan sebenar sesebuah parti bukan hanya diukur berdasarkan jumlah keahlian, tetapi juga keupayaan menggerakkan jentera di peringkat akar umbi, membina sokongan merentas kaum serta menterjemahkan agenda perjuangan kepada keyakinan pengundi.

Wawasan Negara kini berdepan cabaran untuk memastikan pertumbuhan keahlian itu dapat diterjemahkan kepada organisasi yang kukuh, gerak kerja yang berkesan dan sokongan rakyat secara berterusan.

𝐌𝐲𝐖𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧
𝟏𝟗 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐6

Saudara Mohd Shahide Salihi, Ketua Pemuda Wawasan Negeri Pahang, menghadiri Mesyuarat Pemuda Wawasan Nasional Bil.1 di D...
17/10/2026

Saudara Mohd Shahide Salihi, Ketua Pemuda Wawasan Negeri Pahang, menghadiri Mesyuarat Pemuda Wawasan Nasional Bil.1 di D’Village,Melaka.

Alhamdulillah banyak perkara penting dibincangkan untuk mengukuhkan gerakan pemuda di seluruh negara. Terima kasih diatas kepercayaan.

In Sya Allah, Pahang akan terus komited.

08/10/2026
PEMIMPIN TEKNOKRAT VS PEMIMPIN POLITIK — APA BEZANYA?Dalam politik, kita sering mendengar istilah pemimpin politik. Namu...
03/09/2026

PEMIMPIN TEKNOKRAT VS PEMIMPIN POLITIK — APA BEZANYA?

Dalam politik, kita sering mendengar istilah pemimpin politik. Namun, satu lagi pendekatan yang semakin penting ialah kepimpinan teknokrat.

Pemimpin politik biasanya lahir daripada gerakan politik dan mempunyai kekuatan dalam memahami sentimen rakyat, membina sokongan serta membawa suara masyarakat ke dalam pentadbiran.

Pemimpin teknokrat p**a lebih menekankan kepakaran, ilmu, pengalaman profesional dan kemampuan mengurus sesuatu bidang berdasarkan data serta penyelesaian yang praktikal.

Jadi, mana yang lebih baik?

Hakikatnya, negara memerlukan kedua-duanya.

Pemimpin politik perlu memahami realiti rakyat.
Pemimpin teknokrat perlu memahami bagaimana sesuatu masalah boleh diselesaikan.

Politik tanpa kepakaran boleh menyebabkan dasar yang baik sukar dilaksanakan.

Kepakaran tanpa memahami denyut nadi rakyat p**a boleh menyebabkan sesuatu dasar kelihatan baik di atas kertas, tetapi tidak semestinya sesuai dengan kehidupan masyarakat.

Sebab itu, kita memerlukan kepimpinan yang berani membuat keputusan, tetapi keputusan tersebut disokong oleh ilmu, data, pengalaman dan kepentingan rakyat.

Dalam era baharu, rakyat bukan sekadar mahu pemimpin yang pandai berpolitik.

Rakyat mahu pemimpin yang tahu bekerja.

Persoalannya bukan lagi:

“Siapa paling pop**ar?”

Tetapi:

“Siapa paling mampu membawa perubahan?”

Politik mesti bergerak daripada sekadar percaturan kuasa kepada budaya penyelesaian masalah.

Itulah cabaran kepimpinan masa kini.

TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAHPemuda Wawasan Negara Bahagian Bera merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan se...
02/09/2026

TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAH

Pemuda Wawasan Negara Bahagian Bera merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada YBrs. Tuan Muhammad Faiz bin Rahmad atas pelantikan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda (Penaja) Parti Wawasan Negara.

Semoga terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan semangat untuk memimpin serta memperkasakan gerakan anak muda di seluruh negara.

Selamat menjalankan amanah.
Pemuda bangkit, Wawasan bergerak!



29/08/2026

📢 PENDAFTARAN KEAHLIAN DIBUKA

Parti Wawasan Negara – Bahagian Bera kini membuka pendaftaran keahlian kepada mereka yang ingin mengetahui dan menyertai gerakan parti di peringkat akar umbi.

📍 Bahagian Bera
📝 Pendaftaran keahlian kini dibuka
📲 Imbas QR Code di atas untuk mendaftar.

Wawasan baharu, langkah bersama.
Terima kasih atas sokongan dan minat anda terhadap Parti Wawasan Negara Bahagian Bera.

24/08/2026

🎬🇲🇾 MERDEKA DARI LENSA — MERDEKA, VERSI AKU!

Kau content creator? S**a buat video? Pandai buat orang gelak? Atau ada cerita tentang Merdeka yang kau nak sampaikan?

Ini masa untuk kau tunjukkan kreativiti! 🔥

📹 Hasilkan video kreatif maksimum 90 saat dengan tema Merdeka. Nak buat cinematic, lawak, storytelling, street interview, parodi atau apa saja gaya kau — bebas!

🏆 HADIAH MENARIK:
🥇 Johan — RM300
🥈 Naib Johan — RM150
🥉 Tempat Ketiga — RM50
💡 Video Paling Kreatif — RM50
❤️ Video Pilihan Rakyat — RM100
(Like Terbanyak)

💰 Jumlah hadiah: RM650

👤 Terbuka kepada peserta berumur 18–40 tahun di Bera/Pahang.

📅 Penyertaan: 24 Ogos – 31 Ogos 2026
⏰ Tutup: 31 Ogos 2026, jam 11.59 malam
🏆 Pengumuman pemenang: 1 September 2026

Tak perlu kamera mahal. Phone pun boleh. Idea kau yang penting! 📱🔥

📲 Untuk pertanyaan:
Izzu — +60 19 991 8790

Jom cipta sesuatu yang orang akan ingat.

Merdeka itu bukan sekadar diraikan.
Ia diceritakan. 🇲🇾

Are PIt Izzuddin Zulkifli Amier Fauzi Mohd Faizal Helmi Luqman Hakim Akhimullah Abdrazab Mohd Shahide Salihi Seh Hairul Sahril Muhd Nurudin Razab


3 JENIS POLITIK YANG PERLU KITA FAHAMIDalam dunia politik, kita sering melihat pendekatan yang berbeza. Antaranya ialah ...
18/08/2026

3 JENIS POLITIK YANG PERLU KITA FAHAMI

Dalam dunia politik, kita sering melihat pendekatan yang berbeza. Antaranya ialah Politik Nilai, Politik Prestasi dan Politik Identiti.

1. POLITIK NILAI

Politik nilai ialah politik yang berasaskan prinsip dan pegangan.

Ia menjawab persoalan:

“Apa yang kita percaya dan perjuangkan?”

Contohnya ialah integriti, keadilan, amanah, kebebasan, kebajikan rakyat, demokrasi dan tadbir urus yang baik.

Politik nilai menekankan bahawa matlamat politik mesti mempunyai prinsip, bukan semata-mata mengejar kuasa.

2. POLITIK PRESTASI

Politik prestasi p**a menilai politik berdasarkan hasil dan pencapaian.

Ia menjawab persoalan:

“Apa yang telah dilakukan dan apa hasilnya kepada rakyat?”

Rakyat mahu melihat pekerjaan, ekonomi, pendidikan, kesihatan, infrastruktur, peluang kepada anak muda dan kualiti perkhidmatan awam bertambah baik.

Dalam politik prestasi, kerja dan hasil menjadi ukuran utama.

3. POLITIK IDENTITI

Politik identiti menggunakan identiti sesuatu kelompok sebagai asas perjuangan politik.

Ia menjawab persoalan:

“Siapa kita dan siapa yang kita wakili?”

Identiti boleh berkait dengan bangsa, agama, bahasa, budaya, negeri, kawasan atau kelompok sosial tertentu.

Politik identiti boleh menjadi penting kerana ia memberi suara kepada sesuatu kelompok. Namun, jika digunakan secara berlebihan, ia juga boleh mewujudkan polarisasi dan perpecahan.

JADI, MANA YANG PALING BAIK?

Sebenarnya, ketiga-tiganya boleh wujud dalam politik.

Politik Nilai memberikan kita prinsip.
Politik Prestasi memberikan kita hasil.
Politik Identiti memberikan kita akar dan rasa kebersamaan.

Cabaran politik moden ialah bagaimana untuk mengimbangkan ketiga-tiganya tanpa membiarkan mana-mana satu menjadi terlalu dominan.

Kerana politik yang baik bukan sekadar tentang siapa kita, tetapi juga apa yang kita percaya dan apa yang kita mampu lakukan.

Politik yang matang ialah politik yang mempunyai nilai, menghasilkan prestasi dan menghormati identiti.

— Pemuda Wawasan Negara Bera

Address

Bandar Bera
Teriang
28200

Telephone

0193151877

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Wawasan Negara Bera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category