12/11/2025
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesan Taufan Kalmaegi yang kini berada kira-kira 405 km dari barat laut Kudat, Sabah, dengan kelajuan maksimum 194 km/j.
Taufan yang membadai Filipina itu dijangka menyebabkan hujan berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Sabah, Labuan serta kawasan perairan Laut China Selatan.
Setakat ini, lebih 90 mangsa dilaporkan maut di Filipina, dengan lebih 700,000 penduduk terjejas akibat bencana tersebut.
Sumber: Bernama
Gambar: Gambar Hiasan