18/11/2023
ROTI BOY AIR FRYER
ROTI BOY/ PAPA ROTI
Resepi Roti Boy
Bahan roti:
1.tepung gandum 300g/3 cawan.
2. Gula 70g/7 sudu besar
3. Mentega 30g/3 sudu besar
4. Telur sebiji
5. Yis 1 sudu besar +air suam setengah cawan +1sb gula (sampai berbuih)
6.susu segar 150ml/ 1/2 cawan teh
➡️Campur tepung gandum, gula, mentega
➡️Masukkan telur dan susu segar. Uli dengan tangan je
➡️Masukkan yis yg telah berbuih
➡️Uli tepung sekurang2 15 minit supaya roti lembut.. Kalau doh lembik, tambah tepung sedikit sampai jadi doh yg x lembik ye
➡️Perap tepung.. Tutup dan biar suhu bilik je. Perap selama 1 jam..
Selepas 1 jam
➡️Inti dalam:
Butter salt/butter tu biar beku.. Senang nk potong petak2 dadu2.. Kalau x ada guna
majerin je.. Bulat2 doh dan masukkan butter.. Yana letak doh atas paper cup sebab senang nk angkat masuk AF..
➡️Yana buat doh berat 40g utk yg besar dan 20g utk doh yg kecil.. Utk anak2 yana buat yg kecil.
➡️Biar doh kembang dalam 15 minit baru boleh letak topping atas doh
Topping:
1. Tepung gandum 50 gram/ 5 sudu besar
2.mentega 60gram/ 6 sudu besar
3.gula 40gram/ 4 sudu besar
4.telur sebiji
5.serbuk nescafe 3 sudu bancuh dgn air suam.(jgn cair Sgt)
➡️Putar gula,mentega hingga sebati. Yana guna sudu je..kacau2 je..
➡️masukan telur
➡️Masukan nescafe
➡️Masukan tepung sikit sedikit dan kacau hingga sebati
Bakar suhu 160.. 7 minit je.. Atas AF korang ye..
**Ikut resepi 7 min..tp sbb kan atas air fryer msg2 saya tmbh masa bakar utk masak sempurna..saya bakar 12-15 min, suhu 160
📸 Eniza M. Salim