06/02/2025
Sekiranya kerejaan ini tidak tumbang, bermakna rakyat terbanyak s**a kena kencing.
"๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐ง, ๐๐๐ ๐ ๐๐๐ง๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐ง!" - ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐๐ก ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ ๐ฅ๐๐ฆ๐จ๐๐
1. "Madani bangsat! Kami datang Madani bangsat! Kami turun ke jalan ini..." ~ "Bangsat punya menteri!" ~ "Bagaimana menteri yang perjuangannya lahir dijalan raya menidakkan perhimpunan kita pada hari ini?"
2. Itu adalah laungan-laungan keras yang kita dengar bila menonton video-video Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu lepas.
3. Apa yang berlaku itu sebenarnya sudah cukup untuk melumur najis ke muka pemimpin-pemimpin PH yang hakikatnya telah menipu rakyat dan penyokong-penyokong mereka sendiri dalam soal perjuangan mereka melawan rasuah.
4. Selain soal rasuah, para demonstran juga mengecam sikap munafik para menteri yang dulunya pernah menjadi juara himpunan dan perarakan haram, namun bila mereka sudah berkuasa mereka p**a yang menghalang himpunan seperti ini.
5. Selama ini sesetengah penyokong PH ditipu sedikit demi sedikit dengan pada peringkat awal sebaik selesai PRU15, pemimpin PH kata kerjasama dilakukan dengan UMNO secara terpaksa atas 'Titah Tuanku'.
6. Masa tu ada penyokong PH yang percaya bercampur was-was, namun lama-kelamaan mereka tengok kerjasama PH dan UMNO semakin erat dengan pembentukan kerjasama rasmi bagi menghadapi pilihan raya.
7. Sebab bila penyokong PH ini melihat semasa kerjasama PN-BN dalam kerajaan dahulu, walau pun PN-BN bersama dalam kerajaan tetapi bila masuk pilihan raya PN dan BN bertanding berasingan dan berlawan sesama mereka.
8. Penyokong PH mempertikaikan, jika benar kerjasama PH-UMNO kerana terpaksa menurut Titah Tuanku mengapa perlu ada kerjasama sehingga ke dalam pilihan raya? Antaranya dalam PRN enam Negeri dan beberapa PRK selepas PRU15.
9. Ini ditambah dengan orang-orang yang dahulu pemimpin-pemimpin PH sendiri tuduh sebagai 'penyamun' sehingga berakhir kempen PRU15, tetapi 'penyamun' ini diberi tempat oleh pemimpin PH dan kes mereka digugurkan satu demi satu.
10. Setelah meneliti sekian lama baru penyokong-penyokong PH yang berprinsip ini perasan mereka telah pun ditipu oleh pemimpin-pemimpin yang mereka sanjungi selama ini. Itu yang mereka meletup meledak kecewa dan marah!!
11. Di pihak PH p**a, demi menutup 'kemaluan' mereka, maka mereka dakwalah kononnya himpunan itu didalangi PN, didalangi Atok saka, didalangi nenek, didalangi moyang dan sebagainya.
12. PH janganlah tak mengaku adik-adik yang berhimpun itu 'anak-anak biologi politik' yang ada DNA kamu yang 'wajah' mereka saling tak tumpah dengan 'wajah' dan gerak-geri kamu masa kamu muda-muda tiga empat tahun lepas dan mereka ibarat 'fotostat' kepada kamu semasa berhimpun atas nama BERSIH dahulu!
13. Laungan yang diucapkan oleh para demonstran itu melodinya, liriknya, lenggoknya, adalah sama dengan apa yang kamu dendangkan semasa kamu masih pembangkang dulu.
14. Dan antara figura yang kuat mempromosikan demo tersebut ialah Fahmi Reza yang merupakan penyokong kuat PH dari dulu lagi. Itu semua orang tahu.
15. Akuilah wahai PH bahawa apa yang kamu lakukan akhir-akhir ini memang menyimpang jauh dari apa yang kamu perjuangkan selama ini!
16. Sehingga sebelum berlangsungnya perhimpunan, beberapa orang Ahli Parlimen kamu bersuara meminta agar kerajaan membenarkan perhimpunan ini kerana mereka berasa malu alah dan sebal muka mengenangkan wajah berbeza mereka sendiri setelah berkuasa berbanding semasa jadi pembangkang dulu.
17. Tetapi pujian harus diberi kepada adik-adik kita para demonstran yang berani itu. Cuma, janganlah kamu peserta-peserta demo jadi seperti senior-senior PH kamu itu yang dahulu menyabung nyawa berarak, berguling-guling dan berhimpun menentang rasuah seperti yang kamu buat pada Sabtu lepas, tetapi setelah berkuasa mereka jadi munafik mendakap perasuah.
18. Wahai Kerajaan PH, kamu sepatutnya malu! Shame on you!
๐๐๐ก๐จ ๐๐๐ก๐๐
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐บ๐ฎ๐น ๐ ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐
Selasa | 28 Januari 2025
......