Sepang Napier Agro Hub

Sepang Napier Agro Hub kami menyediakan perkhidmatan pembekalan makanan ruminan berasaskan rumput napier, seperti rumput napier segar, potong segar, silaj napier dan seumpamanya.

perkhidmatan penghantaran bagi kawasan berdekatan adalah disediakan, berdasarkan kuantiti dipinta.

!!𝐉𝐨𝐦 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢 𝐣𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠 𝐧𝐚𝐩𝐢𝐞𝐫 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐠𝐫𝐨 𝐇𝐮𝐛!!Kami berikan servis napier fresh cut khas utk anda..
11/07/2026

!!𝐉𝐨𝐦 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢 𝐣𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠 𝐧𝐚𝐩𝐢𝐞𝐫 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐠𝐫𝐨 𝐇𝐮𝐛!!

Kami berikan servis napier fresh cut khas utk anda..


Berhajat dapatkan napier fresh cut sekitar Lembah Klang/ Sepang/Nilai kami ada..Kapasiti kami 1 hari 20 mt chopper hancu...
11/07/2026

Berhajat dapatkan napier fresh cut sekitar Lembah Klang/ Sepang/Nilai kami ada..

Kapasiti kami 1 hari 20 mt chopper hancur..

05/05/2026

Insyallah akan mendarat di Sepang Napier AgroHub sedikit masa lagi..

30/10/2025

Bapak Gajah ni

22/07/2025

Mencari Napier fresh Cut !!!!!Jimatkan kos makanan lembu /Kambing!!!!

pm kami..

lagi penghantaran Napier fresh Cut kepada pelanggan tetap sekitar Daerah Sepang..Pada kali ini pelanggan meminta Napier ...
25/03/2025

lagi penghantaran Napier fresh Cut kepada pelanggan tetap sekitar Daerah Sepang..Pada kali ini pelanggan meminta Napier Silaj dalam tong bagi memberi lebih ummph kepada ternakan..

Berminat mencari napier india fresh cut boleh roger dibawah ya!!




!!!Promosi Napier !!!Kepada yang memerlukan napier freah cut / silaj untuk menjimatkan kos makanan..Boleh hubungi kami s...
21/03/2025

!!!Promosi Napier !!!

Kepada yang memerlukan napier freah cut / silaj untuk menjimatkan kos makanan..Boleh hubungi kami seperti dibawah..

Insyallah rumput berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan..

Jom..




19.3.25 -Sg besiAlhamdulillah trip pertama penghantaran Napier fresh cut luar daerah sepang..Kami menyediakan perkhidmat...
20/03/2025

19.3.25 -Sg besi

Alhamdulillah trip pertama penghantaran Napier fresh cut luar daerah sepang..

Kami menyediakan perkhidmatan potongan fresh dan silaj kepada pelanggan..

Hubungi kami jika berminat stok tersedia 10 ekar.



KENAPA PERLU TUAI NAPIER PADA UMUR 45-60 HARI?Bagi penternak, masa menuai Napier bukan sekadar soal kuantiti, tapi juga ...
27/02/2025

KENAPA PERLU TUAI NAPIER PADA UMUR 45-60 HARI?

Bagi penternak, masa menuai Napier bukan sekadar soal kuantiti, tapi juga kualiti makanan untuk ternakan. Tempoh 45-60 hari adalah golden period kerana Napier berada dalam keadaan paling berkhasiat dan mudah hadam.

Dari Segi Gizi (Nutrisi)

Pada usia ini, Napier mengandungi protein kasar sekitar 12-16%, dengan kadar kelembapan dan serat yang masih sesuai untuk ternakan. Protein penting untuk tumbesaran dan pembentukan otot, manakala serat dalam tahap sederhana membantu sistem penghadaman.

Kalau dibiarkan lebih lama, serat kasar (lignin) meningkat, protein menurun, dan batang jadi berkayu. Ini menyebabkan ternakan kurang selera makan dan sukar menghadamnya, sekali gus melambatkan pertambahan berat badan.

Apa Jadi Kalau Napier Terlalu Tua?

Ramai yang fikir kalau Napier dah tua, boleh terus jadikan silaj. Tapi sebenarnya, ini kurang sesuai.

➡ Kenapa?
Silaj bergantung pada proses penapaian anaerobik untuk menukar kandungan dalam rumput kepada karbohidrat yang mudah dicerna. Tapi kalau Napier dah terlalu tua, kandungan serat kasar (lignin) terlalu tinggi, menyebabkan bakteria fermentasi tak dapat bekerja dengan baik. Hasilnya, silaj yang terhasil kurang berkualiti dan tak memberi manfaat yang sepatutnya kepada ternakan.

Kalau Dah Tua, Apa Boleh Buat?

Walaupun Napier tua kurang sesuai untuk makanan ternakan, ia masih boleh dimanfaatkan. Salah satu cara terbaik ialah menjadikannya benih untuk tanaman baru.

➡ Macam mana?
✔ Pilih batang yang matang dan sihat
✔ Potong sepanjang 20-30 cm dengan 2-3 mata tunas
✔ Tanam secara menegak atau senget dalam tanah lembap

Napier yang matang mempunyai sistem akar yang lebih kuat dan daya tahan tinggi, menjadikannya pilihan yang baik untuk dijadikan benih bagi tanaman seterusnya.

Kesimpulan

Kalau nak makanan ternakan yang berkualiti, tuai Napier pada umur 45-60 hari. Kalau dah terlalu tua, bukan saja kurang sesuai untuk diberikan segar atau dijadikan silaj, tapi boleh digunakan sebagai benih untuk tanaman baru.

Nak ternakan sihat dan cepat naik berat? Pastikan potong pada masa yang tepat!

jom kongsikan pengalaman korang tentang napier dan ternakan korang.

Address

Tanjong Sepat,
Sepang
42800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sepang Napier Agro Hub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category