19/07/2023
SAYA DEDAHKAN 100% KALI NI
Server Misi kini cecah RM80k setiap 3 bulan dan semakin meningkat mungkin mencecah hingga 100k ke atas very soon.
Jadi bagaimanakah semua ini sustain? Adakah saya seorang jutawan? Harini saya nak dedahkan semuanya agar terjawab semua sangkaan..
Sebenarnya sy seorang usahawan yang s**a buat sendiri apa sahaja, sebab sy tak s**a tunggu duit ada.
Sy akan mulakan dengan apa sahaja yg ada sehingga saya ada semua yg diperlukan..
Jadi, topik ni sy transparentkan sebagai penjelasan kepada semua agar hilang keraguan.
Sebenarnya sejak saya bangunkan food delivery misi.. ramai tertanya kenapa saya tak ambil untung?
Actually ada.. mana boleh tidak ada.. waktu tu semua org paksa ambil lah 10% ke, 15% ke.. tapi sy tak nak usik vendor. Sebab sy nak diorang kekalkan harga makanan.
Tapi ada cara saya take profit..
Cuba order delivery misi.. ada caj 8% kan.. sy caj kos ini pada customer direct secara transparent di resit.. tidak tersembunyi di belakang harga makanan.. dan saya pecahkan kepada 4 bahagian
1% Admin pasif seumur hidup
1% Rider pasif seumur hidup
4% Maintenance (next akan jadi 3%)
2% Service Tax (not accurately)
Jadi jika delivery sahaja, bagi saya cukup nak cover kos server pada waktu tu sekitar 5K sebulan. Jika tak cukup, sy akan tambah dari duit cafe.. (waktu tu mmg tk cukup pun, audit tahun 2021 boleh lihat bagaimana saya rugi hingga 70k lebih untuk support kos misi.
Waktu ni wife sy pun pening kepala..
Tapi pada masa tu sy juga ada jalankan tabung bantuan yang semakin ramai gunakan..
So, disebabkan sy ada buat bantuan Donation ni.. ramai sangat masuk sehingga server down.
Akhirnya server dah semakin parah
Hari-hari mesti server down..
Akibatnya delivery pun down.. vendor dan rider terjejas.. jadi, saya tekad untuk naikkan server lagi kepada RM11k sebulan p**a..
Waktu ni lah saya upgrade server biasa ke dedicated server yang boleh custom
Sy congak2 balik duit.. boleh ke ni? Sbb ada satu lagi cara saya generate duit utk misi..
Which is Payment Gateway
Semua tahu kita gunakan Billplz.. dan sebenarnya billplz caj RM1.50 utk free plan
Tapi billplz ada 3 plan pakej untuk platform macam misi ni buat perniagaan juga..
Bayar setahun sekian2 akan dapat caj transaksi sekian2.
Jadi sy amik pakej mahal utk dapatkan satu transaksi 50sen.. tahunan kena bayar berapa sy tak ingat.. nanti saya check balik..
Jadi, setiap transaksi di misi kan kita caj RM1 payment gateway kan..
So ada profit RM0.50 disitu saya reserve untuk maintenance jugak..
Sebab itu sy buat keputusan untuk upgrade server..
Dan sy tak nak ambil 30% donation kerana tidak bermoral bagi saya untuk ambil apa yg diniatkan sedekah.
Payment gateway is fine kerana bisnes.. sebab server kena betul2 besar untuk handle big traffic..
Ada banyak website2 crowdfunding begini yang generate maintenance kos melalui payment gateway.. cuba search.
Disebabkan inilah, keseimbangan antara kos dan income tu stabil untuk terus berkhidmat beberapa bulan jauh ke depan..
Tapi, skrg ni bank dah caj 60sen p**a, beerti Misi hanya dapat 40sen sahaja.. its ok.. janji boleh terus support server.
Bagi saya, duit ini hanya alat yg sy gunakan untuk buat perubahan..
Kini Vendor tepi jalan pun boleh berniaga food delivery kekalkan harga dan untung 100%
Rider p**a buat job untung 100% dan pasif income p**a seumur hidup. Malah free beg dan free baju serta bonus RM150 lagi sebagai official rider.
Dan admin seluruh Malaysia sekarang mencecah belasan ribu admin.. dan mereka pun dapat benefit pasif income 1% seumur hidup
Kemudian kita semua dapat membantu semua baby2 yang kritikal perlukan rawatan segera. Semua yg mustahil pun kita redah bantu..
Sebab itu, sy wujudkan sistem transparent untuk pastikan tiada duit yg tercicir dari tujuan penderma..
Dan sebab itu juga saya pernah berkata, app misi ini akan self maintenance selama-lamanya oleh komuniti misi itu sendiri.
Sy jujurkan semua ini supaya semua tahu bagaimanakah saya mengatur selama ni..
Kenapakah sy menolak semua tawaran org politik, funder yg ingin berdiri di belakang misi..
Sebab sy mahu bina platform yg mengubah nasib semua.. hanya dengan platform beginilah baru kita dapat bersama buat perubahan.
Next adalah Misi Farms yg akan menurunkan harga sayur, buah, daging, ayam, telur dan lain2. Sudah bermula di Puchong..
Sama2 kita lihat harga pasaran baru misifarms untuk pastikan saudara2 B40 kita yg selama ni catu makanan akhirnya boleh beli banyak barang dengan RM50
Bende ni tak mustahil.. asalkan jgn buat untuk duit.. maka kestabilan untuk semua boleh diseimbangkan..
Apabila sy mahu buat sesuatu,
sy pasti akan buat sampai jadi.
Dengan cara baru tersendiri..
Abah bimbing sy tauhid dan chess untuk buat perubahan dan sy diajar untuk sayang dan kasih pada semua.
Sebab itu, walaupun ramai mengeji, hina dan tuduh saya dengan pelbagai tuduhan.. sy tak mampu membalas balik.. sebab sy buat semua ni untuk depa semua juga termasuk yg sedang membenci..
Walaupun idea saya selalu gila.. lebih baik gila dari tidak mencuba.. sebab kita rakyat yg selalu terhimpit.
Audit 2022 akan saya bentangkan selepas selesai audit.. saya transparent kerana sy hidup kerana Allah untuk semua.
Otak saya untuk semua, hati sy untuk semua, segala usaha untuk semua..
Jadi, anda pilih untuk hentikan saya atau bersama-sama?