09/11/2024
WAN NURDINI AQILAH BINTI WAN ROSLAN
S70742
SOFTSELL
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA KAWAN-KAWAN!!!!🤭
Ila merupakan pelajar universiti yang banyak meluangkan masanya untuk menyiapkan tugasan-tugasan kerja bagi memenuhi syarat kursus yang dipelajarinya. Situasi ini menyebabkan dia sering tidur lewat malam dan berasa lapar setiap kali ketika menyiapkan tugasannya. Makanan mi segera dan bubur segera sudah jemu bagi Ila. Ila selalu makan mi segera dan bubur segera setiap malam sehingga dia mula berasa muak untuk makan lagi bagi malam-malam berikutnya. Rakan sebiliknya Maini juga selalu menasihatinya akan keburukan makan mi segera dan bubur segera dengan kerap kerana tidak elok untuk kesihatan jika diambil secara berlebihan. Pada suatu hari, Maini memperkenalkan kepada Ila sebuah produk makanan ringan yang murah dan mudah dimakan .Maka, Ila membuat keputusan untuk mencari dan membeli makanan itu iaitu Savory Flakes di aplikasi tiktok.
Savory Flakes adalah Cornflakes Salted Egg yang boleh ditambah sebagai hiasan untuk bubur, dan salad hijau atau boleh sahaja dinikmati begitu sahaja sebagai snek apabila rasa lapar mengetuk pintu perut anda. Rasa umami yang kaya membuatkan selera anda mendambakannya lebih. Cornflakes salted egg ini adalah snek hebat yang boleh dimakan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Ia merupakan buatan sendiri dan mengandungi bahan-bahan segar sahaja. Kepingan jagung yang rangup disalut dengan serbuk telur masin dengan jumlah kepedasan dan kemanisan yang tepat menjadikan snek ini sangat berperisa.
Telur masin yang dibuat secara tradisional biasanya dibungkus dalam lapisan pes arang masin yang mesti dikikis dan dibilas sebelum dimasak. Proses pengawetan boleh bertahan sehingga 18 hari tetapi telur yang diawet hanya boleh bertahan kira-kira 40 hari. Sesetengah telur masin yang dibeli di kedai mungkin busuk. Anda perlu memecahkan telur untuk memeriksa sama ada telur itu busuk atau tidak sebelum dimasak.
Telur masin juga agak murah di Malaysia atau mana-mana negara Asia dan mudah didapati. ia dianggap sebagai bahan makanan bajet. Orang Asia menggunakan telur masin sebagai perasa untuk pembuka selera, pencuci mulut, makanan laut dan lain-lain. Telur masin memberikan rasa, tekstur dan warna pada hidangan.
Cornflakes Salted Egg ini tidak dijual di sekitar tempat Ila belajar. Ia sedikit mengambil masa jika dibeli secara dalam talian. Jadinya, Ila membeli Cornflakes Telur Masin Pedas dan Rangup ini di Savory Flakes dan telah mencadangkan penjual yang sama kepada rakan-rakannya yang juga ingin membeli produk Savory Flakes ini.
Untuk pesanan,sila hubungi nombor Whatsapp di bawah dengan menekan link yang telah disediakan. Terima kasih. 🤩🤩🤩
Wan Nurdini Aqilah
https://wa.link/hi9oy3