SembangPedia

Call Directions

SembangPedia Infotainment & Facts !

Berselerak.Nak cepat tadi lupa nak mintak plastik asing untuk fries dan mash potato.Akibatnya berselerak dalam box motor...
01/10/2026

Berselerak.
Nak cepat tadi lupa nak mintak plastik asing untuk fries dan mash potato.
Akibatnya berselerak dalam box motor.
Nak kena cuci p**ak dah box ni.
Lain kali kena mintak plastik asing maklum lah sekarang ni syarikat nak jaga alam sekitar.

PBB menggesa kerajaan Malaysia agar menghentikan serta-merta sebarang pelan penghantaran p**ang warga Myanmar berikutan ...
30/09/2026

PBB menggesa kerajaan Malaysia agar menghentikan serta-merta sebarang pelan penghantaran p**ang warga Myanmar berikutan pergolakan dan keganasan berterusan yang melanda negara berkenaan

​Gesaan tersebut dibuat ekoran kebimbangan mendalam terhadap tahap keselamatan dan perlindungan hak asasi manusia pelarian yang berdepan bahaya sekiranya dihantar p**ang.

​Desakan antarabangsa ini timbul susulan laporan serangan oleh pihak tentera Myanmar ke atas sebuah pasar awam di Bandar Kyauktaw, negeri Rakhine pada waktu tengah hari.

Serangan berlaku ketika kawasan berkenaan padat dengan kehadiran orang ramai di lebih 200 premis perniagaan yang melibatkan pembeli, peniaga dan pekerja pengangkutan

​Kejadian tragis tersebut telah mengakibatkan kematian membabitkan golongan wanita dan kanak-kanak, selain mencederakan sekurang-kurangnya 58 individu dengan kebanyakannya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal

​Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Türk, menyatakan bahawa tindakan ketenteraan tersebut menimbulkan kebimbangan serius berhubung pematuhan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa

Insiden berkenaan dilaporkan tercetus hanya beberapa jam sebelum Malaysia dijadualkan memulakan proses penghantaran p**ang kira-kira 5,000 warga Myanmar hasil persetujuan dengan pihak junta tentera negara itu

​Walaupun pihak Malaysia sebelum ini memberi jaminan bahawa sebarang proses kep**angan hanya dilaksanakan secara sukarela

UNHCR mengatakan bahawa mereka tidak dilibatkan dalam proses penentuan mahupun pengenalpastian individu yang kini berada di pusat tahanan

​PBB menegaskan bahawa di bawah prinsip antarabangsa, tiada individu sepatutnya dipaksa atau dihantar kembali ke negara asal sekiranya mereka berdepan risiko penganiayaan, penyeksaan mahupun ancaman nyawa

Badan antarabangsa itu menilai bahawa situasi di Myanmar pada masa ini masih tidak selamat untuk sebarang proses kep**angan secara sukarela.

PBB menegaskan bahawa di bawah prinsip antarabangsa, tiada individu sepatutnya dipaksa atau dihantar kembali ke negara asal sekiranya mereka berdepan risiko penganiayaan, penyeksaan mahupun ancaman nyawa

Sumber - Astro Awani

**Hantar je la kat negara wakil PBB tu

Prep meal siap2 tuk dinner 5 hari.Balik keje terus bakar dalam airfryer.Kali ni nak buat makanan sihatTarget nak turun 1...
29/09/2026

Prep meal siap2 tuk dinner 5 hari.
Balik keje terus bakar dalam airfryer.
Kali ni nak buat makanan sihat
Target nak turun 10kg

PEWARIS MISTERI - Chapter 13Lamunan James terhenti apabila telefon di atas meja berbunyi.Bzzzt... Bzzzt...James tersenta...
29/09/2026

PEWARIS MISTERI - Chapter 13

Lamunan James terhenti apabila telefon di atas meja berbunyi.

Bzzzt... Bzzzt...

James tersentak lalu mencapai telefonnya.
Nama yang tertera di skrin membuatkan dia terus teringat sesuatu.

Jimmy.

James menjawab panggilan.

"Hello?"

"Bro! Kau dekat mana?"

Suara Jimmy kedengaran agak bising di hujung talian.

"Kita semua dah sampai dekat Grand Pavillion!"

James memandang jam.
Matanya terus terbeliak.

"Alamak!"

Dia hampir terlupa tentang majlis hari jadi Tina.

"Aku dalam perjalanan."

"Sepuluh minit lagi aku sampai."

Jimmy ketawa.

"Sepuluh minit? Kau teleport ke?"

James hanya ketawa kecil.

"Aku cuba."

Panggilan ditamatkan.

James segera bangun.
Namun sebelum keluar dari suite, dia teringat sesuatu.

Majlis Tina.

Dia tidak mahu Tina membayar apa-apa untuk majlis tersebut.

James mengambil telefonnya lalu menghubungi Brooke.

Panggilan dijawab hampir serta-merta.

"Ya, Tuan James?"

"Brooke, saya perlukan bantuan."

"Sudah tentu, tuan."

"Bil untuk majlis hari jadi Tina malam ini..."

James berhenti seketika.

"Berikan secara percuma."

Brooke terdiam beberapa saat.

"Percuma, tuan?"

"Ya."

"Tetapi..."

"Jangan beritahu sesiapa tentang saya."

James menyambung.

"Beritahu Tina bahawa dia pelanggan bertuah malam ini."

"Anggap sahaja sebagai promosi khas hotel."

Brooke terus memahami maksudnya.

"Baik, Tuan James."

"Saya akan uruskan."

"Terima kasih, Brooke."

James menamatkan panggilan.

Dia mengambil beg kecil yang mengandungi hadiah untuk Tina lalu keluar dari President Suite.

Ballroom Silver

Beberapa minit kemudian, James tiba di hadapan Ballroom Silver.

Dari luar sahaja sudah kedengaran muzik dan suara tetamu.

James menarik nafas panjang sebelum membuka pintu.

Klik.

Pintu ballroom terbuka.

Suasana di dalam yang tadinya riuh tiba-tiba sedikit senyap.

Puluhan pasang mata terus memandang ke arah pintu.

James berdiri di situ.

Dia merupakan orang terakhir yang sampai.
Dengan penampilannya yang sederhana tetapi kemas, aura James sekali lagi menarik perhatian.

Beberapa pelajar perempuan mula berbisik.

"Itu James kan?"

"Dia nampak lain lagi malam ni."

"Kenapa sejak balik dari cuti dia makin handsome?"

James tidak menghiraukan semua pandangan itu.

Matanya mencari seseorang.

Tidak lama kemudian...

"Tina!"

Tina yang sedang berbual dengan beberapa orang rakannya terus menoleh.

Wajahnya serta-merta ceria.

"James!"

Dia terus berjalan mendapatkan James.

"Saya ingatkan awak tak datang tadi."

Nada suaranya kedengaran sedikit manja.
James tersenyum.

"Oh, maaf Tina."

"Saya terlewat sedikit."

Tina memandang James dari atas ke bawah.
Sejak James kembali ke universiti, ada sesuatu yang berubah pada dirinya.

Dan Tina sendiri tidak dapat menafikan bahawa perubahan itu membuatkan perasaannya terhadap James semakin sukar disembunyikan.

Namun dia hanya tersenyum.
James kemudian mengeluarkan sebuah kotak kecil dari begnya.

"Ini..."

"Hadiah tidak seberapa daripada saya."

Dia menghulurkan kotak tersebut.

Tina kelihatan terkejut.

"Untuk saya?"

James mengangguk.

"Ya."

Tina membuka kotak itu.

Matanya terus bersinar apabila melihat gelang kristal yang dibeli James di Secret Street Antique.

Dia mengangkat gelang tersebut.

"Cantiknya..."

"Terima kasih, James!"

Tina tersenyum gembira.

Dia tahu gelang itu bukanlah barang mahal.
Tetapi dia tidak kisah.
Dia tahu keadaan James sebelum ini.
Dia tahu James bukanlah lelaki kaya.
Namun lelaki itu masih sanggup menggunakan wangnya untuk membeli hadiah semata-mata kerana mahu menghargai persahabatan mereka.

Bagi Tina...

Keikhlasan itu jauh lebih bernilai daripada harga gelang tersebut.
Tina memakai gelang itu pada pergelangan tangannya.

"Awak pilih sendiri?"

James mengangguk.

"Ya."

"Saya rasa ia sesuai dengan awak."

P**i Tina sedikit merah.

"Terima kasih..."

Senyuman di wajahnya semakin lebar.

Di belakang mereka, Jean, Jimmy dan Jacob yang melihat keadaan itu mula saling berpandangan.

Jimmy menyiku Jean.

"Eh..."

Jean berbisik.

"Kenapa?"

Jimmy tersengih.

"Aku rasa ada orang dah jatuh hati."

Jacob hanya ketawa kecil.

James yang terdengar terus memandang mereka.

"Oi!"

Ketiga-tiga mereka terus pura-pura tidak tahu apa-apa.

"Tak ada apa-apa."

Tina p**a hanya tersenyum sambil melihat gelang di tangannya.

Dia langsung tidak mengetahui bahawa hadiah sederhana itu dibeli oleh seorang lelaki yang sebenarnya mampu membeli seluruh kedai barang kemas tersebut.

Dan lebih penting lagi...

Dia tidak tahu bahawa malam itu, seluruh majlis hari jadinya sebenarnya telah dibayar secara rahsia oleh pemilik Hotel Grand Pavillion.

Bersambung...

Chapter 1 - https://www.facebook.com/share/p/1CyLFCNp7g/
Chapter 2 - https://www.facebook.com/share/p/19oowuqCd5/
Chapter 3 - https://www.facebook.com/share/1NC46x1tVg/
Chapter 4 - https://www.facebook.com/share/1FYs2MzNRV/
Chapter 5 - https://www.facebook.com/share/1C3jF6Xv79/
Chapter 6 - https://www.facebook.com/share/1GwstM3Snj/
Chapter 7 - https://www.facebook.com/share/19dsigUL9w/
Chapter 8 - https://www.facebook.com/share/1F5XmNTqpj/
Chapter 9 - https://www.facebook.com/share/19cbFExamm/
Chapter 10 - https://www.facebook.com/share/1DybQhKaFu/
Chapter 11 - https://www.facebook.com/share/1cZYbBXWFv/
Chapter 12 - https://www.facebook.com/share/p/1LcTBrtfrW/

PEWARIS MISTERI - Chapter 12Manuskrip Yang HilangMalam semakin larut.Di dalam President Suite 001, James duduk di tepi k...
28/09/2026

PEWARIS MISTERI - Chapter 12

Manuskrip Yang Hilang

Malam semakin larut.

Di dalam President Suite 001, James duduk di tepi katil sambil memandang begnya.

Fikirannya masih teringat kepada sesuatu yang ditemuinya di Secret Street Antique.

Kotak kayu lama itu.

James mengeluarkannya lalu meletakkannya di atas meja.

Dia membelek kotak tersebut dari setiap sudut.

Tiada ukiran istimewa.

Tiada kunci.

Tiada tulisan.

Tiada lambang keluarga.

Malah apabila dibuka...

Kosong.

James mengerutkan dahi.

"Takkan kotak kosong?"

Dia mengetuk bahagian bawah kotak.

Tok. Tok.

Bunyinya pelik.

James kemudian mengukur kedalamannya secara kasar menggunakan jarinya.

Dia berhenti.

"Eh..."

Dia membandingkan bahagian dalam dengan ketinggian luar kotak.

Tidak sepadan.

Bahagian luar kotak kelihatan jauh lebih tebal daripada ruang kosong di dalamnya.

James mula berasa curiga.

"Ruang tersembunyi?"

Dia menggoncangkan kotak itu.

Tiada apa-apa bunyi.

James cuba mencari celah atau bahagian yang boleh dibuka.

Tetapi tiada.

Akhirnya dia mengambil keputusan.

"Kalau begitu..."

James mengangkat kotak itu.

BAM!

Dia menghempaskannya ke lantai.

Kotak kayu itu pecah berderai.

Serpihan kayu bertaburan di atas lantai.

James terpaku.

Di sebalik lapisan kayu yang pecah, terdapat sesuatu yang selama ini tersembunyi.

Sebuah manuskrip kecil yang sangat tua.

Ia dibalut dengan kain nipis yang sudah hampir reput.

James mengambilnya perlahan-lahan.

"Macam mana benda ni boleh ada dalam kotak?"

Dia membuka balutan tersebut.

Manuskrip itu kelihatan begitu usang.

Kertasnya kekuningan.

Tepi setiap helaian sudah rapuh.

Namun terdapat simbol-simbol aneh yang dilukis pada halaman pertama.

James menyentuhnya.

WUSHH!

Tiba-tiba...

Kepalanya terasa berdenyut.

"Aaah!"

James memegang kepalanya.

Kesakitan datang secara tiba-tiba.

Seolah-olah ribuan jarum menusuk ke dalam fikirannya.

"Apa... benda ni?!"

Manuskrip di tangannya tiba-tiba mula bercahaya.

Cahaya putih keemasan terpancar dari helaian tersebut.

James cuba melepaskannya.

Tetapi tangannya seolah-olah melekat.

"Aaaargh!"

Cahaya itu semakin terang.

Kemudian sesuatu yang mustahil berlaku.

Cahaya daripada manuskrip itu bergerak naik ke lengannya...

Menyusuri bahunya...

Dan terus menuju ke kepalanya.

BOOM!

James menjerit sebelum tubuhnya terhuyung-hayang.

Pandangan matanya menjadi kabur.

Dia cuba mencapai katil.

Tetapi kakinya tidak lagi mampu menampung tubuh.

James rebah di atas katil.

Pengsan.

Manuskrip itu masih bercahaya di sebelahnya.

Sedikit demi sedikit...

Cahayanya semakin pudar.

Helaian manuskrip mula menjadi lut sinar.

Seolah-olah kewujudannya sedang ditarik ke dalam tubuh James.

Dalam beberapa saat sahaja...

Manuskrip itu hilang sepenuhnya.

Tiada serpihan.

Tiada debu.

Tiada kesan.

Seolah-olah ia tidak pernah wujud.

---

Satu Jam Kemudian

James membuka matanya.

Dia memandang siling.

Nafasnya berat.

"Apa yang berlaku...?"

Dia cuba bangun.

Kepalanya masih terasa berat.

James kemudian teringat kepada manuskrip itu.

Dia terus melihat ke atas katil.

Tiada apa-apa.

Dia memeriksa lantai.

Kosong.

Meja.

Kosong.

Beg.

Tiada.

"Mana manuskrip tu?"

James mula mencari di seluruh bilik.

Tetapi benda itu benar-benar hilang.

Dia berdiri di hadapan cermin.

Tiba-tiba dia menyedari sesuatu.

Tubuhnya...

Basah.

Bukan kerana air.

Seluruh tubuhnya diliputi peluh yang berwarna gelap.

James menghidu tangannya.

Wajahnya terus berubah.

"Bau apa ni?!"

Bau itu sangat busuk.

Seperti campuran lumpur, peluh dan sesuatu yang telah lama membusuk.

James segera berlari ke kamar mandi.

Air pancuran dibuka sepenuhnya.

Dia membersihkan tubuhnya berkali-kali sehingga air yang mengalir kembali jernih.

Selepas selesai, James berdiri di hadapan cermin.

Dia tiba-tiba terdiam.

Ada sesuatu yang berbeza.

Tubuhnya kelihatan lebih sasa.

Bahu lebih lebar.

Dada lebih berisi.

Lengannya kelihatan lebih berotot.

Bentuk tubuhnya seperti seseorang yang telah menjalani latihan fizikal bertahun-tahun.

James menyentuh lengannya.

"Ini... badan aku?"

Dia mengetatkan otot lengannya.

Kekuatan yang dirasainya terasa asing.

Dia memandang wajahnya di cermin.

Wajahnya masih sama.

Tetapi aura dirinya berubah.

James kemudian teringat kepada manuskrip tersebut.

"Cahaya itu..."

"Masuk ke dalam kepala aku."

Dia menyentuh dahinya.

Tiada luka.

Tiada kesan.

Namun jauh di dalam fikirannya...

Sesuatu terasa seperti baru sahaja terjaga.

James belum tahu bahawa manuskrip yang hilang itu bukan sekadar sebuah buku lama.

Bersambung...

Chapter 1 - https://www.facebook.com/share/p/1CyLFCNp7g/
Chapter 2 - https://www.facebook.com/share/p/19oowuqCd5/
Chapter 3 - https://www.facebook.com/share/1NC46x1tVg/
Chapter 4 - https://www.facebook.com/share/1FYs2MzNRV/
Chapter 5 - https://www.facebook.com/share/1C3jF6Xv79/
Chapter 6 - https://www.facebook.com/share/1GwstM3Snj/
Chapter 7 - https://www.facebook.com/share/19dsigUL9w/
Chapter 8 - https://www.facebook.com/share/1F5XmNTqpj/
Chapter 9 - https://www.facebook.com/share/19cbFExamm/
Chapter 10 - https://www.facebook.com/share/1DybQhKaFu/
Chapter 11 - https://www.facebook.com/share/1cZYbBXWFv/

Innalillahiwainnailaihirojiun.
28/09/2026

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Dulu RM6.00, kemudian naik RM8.00Lepas tu naik lagi RM12.00.Dan tahun 2026 naik lagi jadi RM15.00Tanpa makluman naik ter...
25/09/2026

Dulu RM6.00, kemudian naik RM8.00
Lepas tu naik lagi RM12.00.
Dan tahun 2026 naik lagi jadi RM15.00
Tanpa makluman naik terus.
Senang buat duit.
Kementerian Kewangan
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan

Meninggal disebabkan tidak mampu beli inhaler AsmaCole William Schmidtknecht ialah seorang pemuda dari Wisconsin, Amerik...
24/09/2026

Meninggal disebabkan tidak mampu beli inhaler Asma

Cole William Schmidtknecht ialah seorang pemuda dari Wisconsin, Amerika Syarikat. Beliau dilahirkan pada 18 Mac 2001 dan meninggal dunia pada 21 Januari 2024, ketika baru berusia 22 tahun.

Cole menghidap asma sejak kecil. Selama bertahun-tahun, dia menggunakan Advair Diskus, sejenis inhaler kawalan/preventif yang membantu memastikan asmanya stabil. Menurut keluarganya, ubat itu membolehkannya menjalani kehidupan yang agak normal dan aktif.

Apa yang berlaku?

Pada 10 Januari 2024, Cole pergi ke sebuah farmasi Walgreens di Appleton untuk mendapatkan bekalan Advair seperti biasa.
Sebelum itu, kos yang perlu dibayarnya melalui perlindungan insurans adalah sekitar US$66.86 untuk bekalan tiga bulan. Tetapi pada ketika itu dia diberitahu ubat tersebut tidak lagi dilindungi seperti sebelumnya.

Harga yang perlu dibayar sendiri ialah sekitar US$539.19. Cole tidak mampu membayarnya lalu meninggalkan farmasi tanpa ubat kawalan asmanya.

Perkara penting di sini:
Advair bukan sekadar inhaler kecemasan. Ia digunakan sebagai ubat kawalan untuk mencegah simptom asma daripada menjadi teruk. Cole masih mempunyai inhaler kecemasan, tetapi menurut tuntutan keluarganya, ia tidak menggantikan fungsi ubat kawalan hariannya.

Lima hari kemudian...

Pada 15 Januari 2024, Cole mengalami serangan asma yang sangat teruk di rumahnya.
Rakan serumahnya menemui dia dalam keadaan tidak mampu bernafas dan mendapatkan bantuan kecemasan. Apabila sampai di hospital, Cole sudah tidak mempunyai nadi dan perlu diberikan CPR/resusitasi.

Dia mengalami kerosakan otak yang sangat serius akibat kekurangan oksigen.
Cole kemudian berada dalam ICU selama beberapa hari. Selepas enam hari, keluarganya membuat keputusan untuk menghentikan sokongan hayat. Beliau meninggal dunia pada 21 Januari 2024.

Kenapa kisah ini menjadi perhatian besar?
Keluarga Cole kemudian memfailkan saman terhadap Optum Rx dan Walgreens, dengan mendakwa perubahan perlindungan/harga ubat menyebabkan Cole tidak mampu mendapatkan ubat yang selama ini mengawal asmanya.

Tetapi penting untuk membezakan dakwaan keluarga dalam saman daripada fakta yang telah diputuskan oleh mahkamah. Optum Rx, menurut laporan media, mempertahankan bahawa mereka mengikuti prosedur dan menyatakan terdapat pilihan ubat alternatif dengan kos yang lebih rendah.

Kes Cole kemudiannya menjadi contoh yang sering digunakan dalam perbincangan tentang Pharmacy Benefit Managers (PBM) — syarikat perantara yang terlibat dalam menentukan ubat yang dilindungi oleh pelan kesihatan dan struktur harga/benefit ubat di Amerika.
Pada 2026, kisah Cole turut dibawa ke pendengaran badan perundangan Wisconsin berkaitan cadangan Cole's Act, sebuah rang undang-undang reformasi PBM.

Ringkasnya

US$66.86 → US$539.19 → Cole p**ang tanpa ubat → 5 hari kemudian serangan asma → cardiac arrest → 6 hari di ICU → meninggal dunia pada usia 22 tahun.

Itulah sebab kisah Cole begitu kuat:
ia menunjukkan bagaimana sesuatu yang nampak seperti isu harga dan perlindungan ubat boleh mempunyai akibat yang sangat nyata kepada seorang manusia.
Dan menurut catatan keluarganya, Cole sendiri pernah memberitahu ibunya supaya “just be happy. Life is too short.”

Di Malaysia rakyat amat bersyukur dapat bekalan inhaler dengan percuma atau pun dengan bayaran RM5 di Hospital Kerajaan dan bukan harga USD500 seperti di negara luar.

Gambar yang dirakam pada tahun 1948 ini menunjukkan seorang lelaki berpakaian sut dan bertali leher sedang menangis di h...
24/09/2026

Gambar yang dirakam pada tahun 1948 ini menunjukkan seorang lelaki berpakaian sut dan bertali leher sedang menangis di hadapan sebuah kamera berita.

Namanya ialah George Gillette.

Air mata itu bukanlah air mata ketakutan.

Itulah air mata yang mengalir kerana rasa tidak berdaya — kerana dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghalang apa yang bakal berlaku.

Beliau merupakan pemimpin suku Mandan, Arikara dan Hidatsa. Pada hari itu, beliau dipaksa menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk menyerahkan tanah leluhur mereka.

Tujuannya adalah untuk membina sebuah empangan di Sungai Missouri.

Tandatangan itu bermakna lebih 600 kilometer persegi tanah — termasuk rumah, sekolah, gereja dan ladang subur milik masyarakat mereka — akan ditenggelami air untuk selama-lamanya.

George Gillette memahami apa yang sedang berlaku.

Apa yang aku jual bukan sekadar tanah.

Aku menjual seluruh kenangan dan sejarah bangsaku.

Namun, dia tidak mempunyai pilihan.

Jika mereka enggan menandatangani perjanjian tersebut, suku mereka tidak akan menerima sebarang pampasan.

Wajahnya yang dibasahi air mata itu kekal sebagai salah satu rekod paling menyayat hati dalam sejarah masyarakat pribumi Amerika.

Ia menjadi simbol maruah yang terluka — dan kehilangan tanah leluhur yang tidak mungkin dapat dikembalikan.

Pada bulan Jun 1945, di Okinawa, seorang guru berusia 22 tahun bernama Keiko Mori diarahkan untuk menyuruh 30 orang pela...
24/09/2026

Pada bulan Jun 1945, di Okinawa, seorang guru berusia 22 tahun bernama Keiko Mori diarahkan untuk menyuruh 30 orang pelajarnya membunuh diri menggunakan bom tangan daripada menyerah diri.

Namun, dia enggan.

Sebaliknya, dia memberitahu para pelajarnya, “Hiduplah. Walau apa pun yang mereka katakan, kamu mesti terus hidup.”

Ketika tentera Jepun—yang memaksakan kematian atas nama kehormatan—mencari mereka, Keiko menyembunyikan para pelajarnya di dalam sebuah gua selama 12 hari.

Walaupun makanan mereka akhirnya kehabisan, dia terus menyanyikan lagu dan mengajar mereka matematik menggunakan batu-batu kecil.

Apabila tentera Amerika akhirnya menemui gua tersebut, Keiko keluar terlebih dahulu sambil mengangkat sehelai baju putih sebagai tanda menyerah diri dan untuk melindungi para pelajarnya.

Tentera Amerika pada mulanya hampir menembaknya. Namun, apabila mereka melihat kanak-kanak di belakang Keiko, mereka menurunkan senjata.

Malah, mereka berkongsi coklat dengan kanak-kanak tersebut.

Selepas perang, sebahagian masyarakat Jepun melabelkannya sebagai “pengkhianat kepada negara.” Namun, kesemua 30 orang pelajarnya terselamat.

Pada tahun 1975, sebuah patung kecil didirikan untuk menghormatinya di Okinawa. Patung itu menggambarkan seorang guru yang memegang sehelai baju putih dan tertera kata-kata:

“Dia mengajar kami pelajaran paling berani: untuk ‘hidup’.”

Walaupun diarahkan untuk menerima kematian, guru muda ini memilih untuk mempertahankan kehidupan 30 orang kanak-kanak yang berada di bawah jagaannya.

Address

Kuala Lumpur

Telephone

0135181806

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SembangPedia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share