16/12/2024
TIPS BUAT PES PERAPAN IKAN ATAU AYAM YANG SEDAP
Bahan-bahan:
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 sudu cili kisar
1 sudu cuka
2 sudu garam
1 sudu serbuk perasa
Sedikit air untuk mudah kisar
Cara-cara:
Pertama sekali, satukan semua bahan yang diperlukan.
Kemudian, masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar sehingga semua bahan benar-benar halus dan sebati membentuk pes yang cantik.
Setelah pes siap dikisar, tuangkan bahan kisar tadi ke dalam bekas bertutup.
Simpan bekas berisi pes tadi di dalam peti sejuk.
Pes ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.
Jika mahu digunakan, ambil sedikit pes dan sapu rata pada ikan atau ayam.
Perap selama 15 minit sebelum digoreng.
Semoga bermanfaat!
Kredit: barangbasah2u