19/02/2022
*Lelaki Rambut Panjang Dalam Islam*
Ini ada satu topik menarik mengenai lelaki yang menyimpan rambut panjang.Mengikut kata para ulamak dan dari kajian yg didapati; menyimpan rambut panjang adalah salah satu daripada sunnah nabi akan tapi masyarakat sekarang dah mulai memandang serong terhadap lelaki2 yang berambut panjang.
Yelah zaman moden lah katakan...ianya menyerupai wanita kalau MENGIKAT RAMBUT, sebab orang lelaki2 tak dibenarkan mengikat rambut pasal tradisi itu hanya digunakan oleh wanita.Nabi dahulu diriwayatkan telah menyimpan rambutnya ke paras bahu.Dari apa yang di dengar p**a, orang2 zaman dulu menyimpan rambut panjang kerana ianya dapat dijadikan perisai di waktu perang.Pedang apabila ditetak di leher kalau takde rambut, dah tentu terus terpancung leher.
Dengan mempunyai rambut yg panjang, sekurang-kurangnya ia menjadi satu perisai untuk mempertahankan leher daripada dipancung dengan mudah.Sebab itu tentera Islam dulu semuanya berambut panjang.
Sebab kedua kenapa tentera Islam dulu menyimpan rambut panjang adalah supaya menimbulkan rasa takut kepada pihak musuh.Ini dinamakan 'counter attack' sebelum bermula perang.Hampir semua tamadun dulu menggunakan cara ini; tentera German di waktu perang dunia pertama juga menggunakan cara ini untuk menakut-nakutkan musuh mereka dengan mengenakan topi perang yang mempunyai tanduk satu.
Orang yg memperkenalkan trend rambut pendek dalam masyarakat lelaki zaman moden sebenarnya bangsa Yunani.Bangsa yg paling banyak dipengaruhi oleh keturunan Kingdom of Judah..
Apabila seseorang telah mencampur adukkan apa yang dia s**a.Negara dia s**a dgn hukum agama; maka dia akan cuba mengubah sesuatu hukum mengikut kepentingan dan apa yang dia s**a.Maka kebenaran akan dipals**an.Dan yang paling sedih penipuan ini disebarkan oleh mereka yang s**a mempercayai sesuatu bulat-bulat sehingga banyak kebenaran mengenai Melayu dinafikan dengan banyak alasan yang direka atau tidak masuk akal.Ada juga kebenaran yang dihina sehingga seolah-olah lebih teruk dari zina..
*Antara konon alasan yang diberi:-*
- Gunting belum wujud zaman Nabi.
- Gunting belum wujud zaman Hang Tuah; zaman Nabi guna pisau batu takde teknologi moden.
- Rambut panjang ialah budaya Barat.Rambut panjang ialah pengikut syaitan kononnya imej negatif / samseng / penjenayah.
Jangan lupa kepada sesiapa yang secara tidak langsung anda hina, jika menghina orang yang rambut panjang.Tahukah anda Yahudi lebih dikenali sebagai golongan yang bersopan santun, lemah lembut diluar negara tetapi mereka cukup anti golongan rambut panjang dan mengapa?
*Mengapa di Malaysia ramai org benci pada mereka yang berambut panjang hingga terpaksa potong rambut jika hendak berkerja dan tidak dinegara lain?*
Adakah disebabkan fahaman yang diserapkan sejak di zaman sekolah.
*Benarkah jumlah penjenayah dan orang jahat yang terbanyak adalah dari mereka yang berambut panjang? Ada contoh?*
Masalah rambut panjang ini dah hampir sama keadaannya dengan masalah menyimpan janggut.
*Mengapa jadi begini?*
*Cuba kaji smula apa bezanya misai dan janggut..?*
Sunnah Nabi jika mampu ikut, kita buat..
Jika tidak s**a maka janganlah sunnah tersebut dihina.
Nabi juga berambut pendek terutamanya ketika musim panas..
Di dalam kitab (Al-Mughni), dikatakan;
"Dan rambut manusia itu dis**ai seperti model rambut Nabi Sholallahu alaihi wa sallam, apabila panjang sampai ke bahu, dan apabila pendek sampai ke cuping telinganya.Kalau dipanjangkan tidak apa-apa"
Imam Ahmad telah menyatakan seperti itu.
Yang menjadi masalah dan persoalan sekarang ni disebabkan pandangan segelintir persepsi masyarakat Malaysia.Semakin lama semakin kita terpesong kononnya ingin mengikut arus kemodenan dan menjadi sebuah negara yang kononnya 'bertamadun'.
Sunnah yang patut dibuat dulu adalah yang wajib dan seterusnya yang dituntut.Kemudian yang sunat2.
Ramai orang apabila sebut sunnah aje dia ingat dengan cara pakaian, cara makan dsbnya yang Rasulullah s.a.w. buat.Kalau nak makan pakai sudu maka pakailah sudu tapi sunnah yang dituntut adalah baca Bismillah sebelum makan.
Cara pakaian pun sama.Kalau nak pakai jubah atau serban pakailah. Tapi kalau tak nak pakai maka pakailah pakaian yang menutup aurat.
Banyak sunnah dah jadi sesuatu kesalahan dan sesuatu yang dihina walaupun di negara Islam Malaysia sendiri..
Dan jangan lah kecam jika berambut pendek maupun panjang.. Masingยฒ ada hak pandangan hujah bersandarkn sohih.
Asalkan tuan hamba selesa dan nampak lebih maskulin...!
CUMA..
Kalau berambut panjang/pendek mesti la terurus dan dijaga rapi serta kemas untuk menampilkan lagi kejantanan tuan hamba..
*Bukankah menjaga ketrampilan juga adalah sunnah..?*
Akan tetapi jikalau maksud tuan hamba dengan mengikatnya rambut, sebenarnya ada hukum harus dan haram bagi lelakiยฒ untuk mengikat rambut mereka.
Rasanya Tuan Hamba lebih arif untuk menilai..!
Wallahu'alam...
Salam Ukhuwah.
KREDIT:
Si FAKIR bin MISKIN