13/08/2024
14 Ogos 2024 : Rabu
Tazkirah Ustaz Umar Aziz
Hadis 234
Kitab Riyadhus Solihin
MENEMPAH DOSA TATKALA MERENDAHKAN ORANG LAIN
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:
الْمُسْلِمُ أَخُوْ الْمُسْلِمِ، لَا يَخُوْنُهُ وَلاَ يَكْذِبُهُ ، وَلاَ يَخْذُلُهُ، كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ عِرْضُهُ وَمَالُهُ وَدَمُهُ . التَّقْوَى هَاهُنَا – وَيُشِيْرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ – بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسلِمَ،
Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, sehingga dia tidak sepatutnya mengkhianatinya,menipunya & menghinanya. Takwa itu tempatnya adalah di sini –sambil Baginda ﷺ menunjukkan ke dadanya sebanyak tiga kali–.
Setiap muslim terhadap muslim yang lain haram darahnya (tidak boleh ditumpahkan), haram hartanya (tidak boleh diambil) dan maruah dirinya haram (tidak boleh dijatuhkan).” Cukuplah seseorang itu dengan kejahatan dosa tatkala dia merendahkan saudara islamnya yang lain.
[ Hadith Riwayat Bukhari 6064 Muslim 4650 & Tirmidzi)
Kitab Riyadhus Solihin 234]
Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, kita sepatutnya :
1. Tidak khianat sesama muslim
2. Tidak menipu sesama muslim
3. Tidak menghina sesama muslim
4. Tidak memandang rendah sesama muslim
Kita perlu layan orang lain umpama adik beradik sendiri
- Maka kita tidak akan berlaku tidak baik kepada orang lain,
Betapa besar dosa menghina & memandang rendah kepada orang lain.
Semoga kita tergolong dalam golongan sentiasa bersabar & berkelakuan baik semasa muslim, InshaAllah
Terima kasih Ustaz Umar
Supaya manfaat kepada semua
Jun MY
Tijraa Care
Kepakaran Tijraa Care Adalah Membantu Menghilangkan Kerisauan Anda Ketika Mengerjakan Umrah Supaya Dapat Beribadah Dengan Tenang.