22/05/2025
Pernah alami powerbank kembung? Tahu tak apa penyebab powerbank kembung? Secara ringkas, powerbank kebiasaannya kembung adalah disebabkan oleh empat punca ini iaitu
1. Overcharge/overheat
2. Kualiti bateri rendah
3. Penggunaan lama
4. Terkena air atau kelembapan
Sebelum itu, powerbank adalah dibina daripada beberapa biji bateri lithium ion. Binaan ringkas bateri lithium ion terdiri daripada dua elektrod iaitu elektrod katod diperbuat daripada Lithium Cobalt Oxide (LiCoO2) dan elektrod anod diperbuat daripada graphite (C6), elektrolit p**a biasanya terdiri daripada garam lithium (LiPF6) dan juga pelarut organik seperti Ethylene Carbonate (EC) dan Dimethyl Carbonate (DMC)
Secara normal apabila powerbank dicas, elektron dibebaskan di katod dan mengalir melalui litar luar ke anod manakala ion lithium p**a akan keluar dari katod dan larut dalam elektrolic menuju ke anod. Apa yang berlaku apabila cas berlebihan atau voltan terlalu tinggi adalah terlalu banyak ion lithium yang terurai dari katod, menyebabkan elektrod katod dah tak stabil. Ion Cobalt IV juga akan banyak terbentuk, Ion Cobalt IV ialah agen pengoksida yang sangat kuat dan tak stabil, lalu menyerang ion oksigen di katod menyebabkan pembentukan gas oksigen. Gas oksigen inilah salah satu gas yang menyebabkan powerbank menjadi kembung. Dan lebih berbahaya jika oksigen yang terbebas ini bercampur dengan pelarut organik dalam elektrolit dengan suhu tinggi, kebakaran atau letupan boleh berlaku.
Selain itu, kualiti bateri rendah juga boleh menyebabkan powerbank kembung. Bateri berkulaiti biasanya ada litar perlindungan seperti menghentikan pengecasan apabila berlebihan, cegah overheat. Bateri berkualiti rendah juga adakalanya elektrolit diperbuat daripada bahan murah yang tak tahan panas dan casing nipis. Kimpalan yang tak sempurna dan lapisan pemisah (separator) yang nipis juga boleh menyumbang terjadinya litar pintas dalam bateri.
Seterusnya kalau powerbank sudah digunakan terlalu lama juga berisiko untuk kembung. Bateri lithium ion yang digunakan dalam powerbank ada jangka hayat, biasanya antara 300 hingga 500 kitaran (cas dari 0 hingga 100%). Apabila sudah melebihi kitaran, kapasiti akan mula menurun, struktur dalaman juga mula merosot, elektrolit juga akan terurai perlahan-lahan walaupun bukan overcharge seterusnya menghasilkan gas hasil daripada penguraian elektrolit tersebut. Hasilnya bateri atau powerbank pun kembung.
Selain itu, air atau kelembapan juga adalah punca kenapa powerbank kembung. Walaupun powerbank nampak tertutup rapat, kelembapan masih boleh masuk, terutamanya jika diletakkan di tempat lembap, terkena percikan air/hujan dan jika udara di sekitar sangat lembap. Apa yang berlaku apabila kelembapan atau wap air masuk ke dalam powerbank? Elektrolit bateri lithium sangat sensitif dengan air. Apabila air bertindak balas dengan elektrolit, beberapa gas terhasil dan menyebabkan bateri/powerbank kembung.