14/11/2022
5 Petua Hilangkan Sakit Urat Saraf
1- Mengawal berat badan
Berat berlebihan memberi lebih banyak tekanan pada sendi, terutamanya lutut, pinggul dan kaki anda.
2-Pengambilan ubat tahan sakit
Terdapat ubat-ubatan yang dapat merawat gejala arthritis, seperti ubat tahan sakit dan ubat antiradang bukan steroid (NSAID). Ubat tahan sakit ini berkesan untuk kecederaan ringan seperti terseliuh, kekejangan atau akibat pergerakan berlebihan.
3-Melakukan senaman secara berkala
Lakukan aktiviti fizikal untuk kawal berat badan, jaga kelenturan sendi, kuatkan otot sekitar sendi . Senaman yang sesuai seperti aktiviti jalan kaki, berbasikal, yoga dan berenang
4-Terapi panas dan sejuk
Antara petua hilangkan sakit urat saraf yang paling senang adalah dengan melakukan rawatan panas dan sejuk bagi membantu melegakan kesakitan.
Rawatan terapi panas boleh merangkumi mandi atau berendam air panas di pagi hari untuk membantu mengurangkan kekejangan.
Manakala rawatan terapi sejuk boleh lakukan dengan membalut pek gel ais atau beg sayur beku dengan tuala dan sapukan pada sendi yang sakit. Jangan gunakan ais terus ke kulit, okay?
5-Melindungi sendi
Untuk kurangkan kemungkinan buruk kepada sendi, ambil langkah pencegahan pada sendi seperti memakai alat pelindung dan menghindari pergerakan berulang pada sendi terjejas amat disarankan.
Cara yang dikongsikan di atas mungkin berkesan sebagai petua hilangkan sakit urat saraf dan kesakitan sendi.
Kini anda telah tahu petua hilangkan sakit urat saraf. Apa yang penting adalah jangan merana dalam diam. Dapatkan rawatan yang bersesuaian. Semoga perkongsian ini berguna!