02/09/2025
*☆السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ☆*
*PEDOMAN*
Sentiasalah kita ingatkan diri sendiri agar tidak melakukan sebarang kezaliman. Ini kerana Islam melarang berbuat zalim dan ketidakadilan kepada semua makhluk, jiwa dan harta. Nabi ﷺ bersabda:
إِيَّاكُمْ وَالظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
_"Janganlah kalian berbuat zalim, kerana kezaliman akan menjadi kegelapan pada hari kiamat di sisi Allah."_
*_(Riwayat Ahmad)_*
Zalim adalah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya, merangkumi penganiayaan, penindasan, kekejaman dan tidak berperikemanusiaan. Di akhirat, mereka kegelapan tanpa naungan Allah, berbeza dengan orang berbuat kebajikan dan ketaatan. Semoga dijauhkan kita daripada memiliki sifat zalim.
MUTIARA KATA
°°
Manusia itu unik, ada yang berbuat baik kerana ketulusan dan ada yang berpura² baik kerana keperluan.
Watch, follow, and discover more trending content.