EmmaHasni Perodua Kemaman

EmmaHasni Perodua Kemaman wajib ada kereta perodua

15/05/2026

Tengok kereta ni, aku rasa memang boleh jual banyak. Sebab rekabentuk dia aku rasa macam nampak premium, sekali jeling nampak macam Harrier, dua kali jeling baru perasan Traz rupanya.

Kereta Jepun biasanya kalau yang varian kosong, memang nampak biasa sahaja, tapi bila dah ada bodykit macam yang ini, memang nampak sporty sedikit.

Walaupun Traz tak power macam saingannya, tapi kelebihan Traz ini adalah reputasi dia. Perodua datang dari Daihatsu, Daihatsu p**a duduk di bawah Toyota.

Dan korang kena tahu, Toyota banyak tahun jadi kereta paling laris dalam dunia, walaupun majoriti kereta yang dikeluarkannya bukanlah kereta yang power. Saingannya yang paling dekat adalah Vw Group, boleh kata keluar banyak kereta yang power. Saingan terdekat Toyota di Jepun, Honda, pun memang banyak model yang lebih power dari Toyota, tetapi Toyota boleh jual lebih banyak.

Mungkin kerana Toyota ada pasukan jualan yang bagus, kemudian pasukan production yang cukup jaga kualiti dan juga cekap mengejar masa, dan semestinya dia ada pasukan selepas jualan yang bagi aku cukup pandai ambil hati pelanggan.

Itu belum kira bab alat ganti lagi, ada orang kata, kalau bawa Toyota ke padang pasir pun tak risau, kerana kat padang pasir pun ada jual alat ganti Toyota.

Kereta tak power tak apa, tetapi sistem kena power.

Itulah kelebihan dia, Perodua pun beruntung duduk bawah dia.

Traz menggunakan enjin 2NR-VE 1.5L berkuasa maksimum hanya 106 ps pada 6000 rpm, tork maksimum 138 Nm pada 4200 rpm.

Transmisi CVT, berat dari 1145 hingga 1150 kg.

Boleh nampak di situ, power to weight ratio hanya antara 92.2 hingga 92.6 ps per tan, jadinya jangan harapkan nak pecutan seperti kereta saingannya yang guna enjin turbo.

Namun bagi aku, kereta yang kurang power ini sebenarnya bagus jika kita nak pakai untuk jimat minyak, dengan had harga petrol 95 hanya berapa ratus liter sahaja sebulan, jika jenis selalu jalan jauh, contohnya macam bini aku yang berulang kerja pergi balik lebih kurang 120 km, memang tak sesuai pakai kereta turbo, jadinya terpaksa cari kereta enjin lemau tapi jimat minyak begini.

kami tampil dgn pusat jualan yg berwajah baru dan semangat baru 😍🥰
10/09/2025

kami tampil dgn pusat jualan yg berwajah baru dan semangat baru 😍🥰

10/08/2025

Address

Agenda Cendana Sdn Bhd
Kemaman
24000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EmmaHasni Perodua Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category