Wan Massuri

Wan Massuri Vendor apam balik cover area Utara
Content diri,family dan random ..

Bau ubat.Bunyi mesin CTG.Rintihan ibu tahan contraction.Itu suasana biasa dalam wad bersalin.Tapi kalau katil besi belak...
16/04/2026

Bau ubat.
Bunyi mesin CTG.
Rintihan ibu tahan contraction.

Itu suasana biasa dalam wad bersalin.

Tapi kalau katil besi belakang langsir berbunyi pelik…
itu bukan cerita biasa.



Ada yang kata nak “induce natural”.
Ya, sains memang ada sebut.

Tapi bukan buat kat wad awam.



Katil hospital tu dah guna beribu pesakit.
Darah, air ketuban, sisa klinikal… semua pernah ada.

Walaupun cadar ditukar,
kuman tetap wujud — termasuk MRSA.



Masa tu pangkal rahim isteri dah terbuka.
Kalau buat benda tu kat situ…
anda sebenarnya buka jalan untuk jangkitan masuk terus ke rahim.

Risiko dia?
Ibu dan bayi boleh kena jangkitan serius.



Langsir hijau tu p**a nipis saja.
Bukan kalis bunyi.

Orang lain tengah sakit,
staf tengah selamatkan nyawa…

tapi kena hadap “drama” macam ni.



Suami, dengar sini.

Isteri tengah sakit nak beranak.
Dia perlukan sokongan, bukan tekanan.

Pegang tangan dia.
Tenangkan dia.
Jaga dia.



Hospital bukan tempat lepaskan nafsu.
Itu tempat orang bertarung nyawa.

Patut ke murid cuci tandas? 🤔Kalau untuk ajar tanggungjawab & dibuat dengan selamat — ✔️ patutKalau jadi hukuman atau sa...
16/04/2026

Patut ke murid cuci tandas? 🤔

Kalau untuk ajar tanggungjawab & dibuat dengan selamat — ✔️ patut
Kalau jadi hukuman atau sampai bahaya — ❌ tak patut

Yang penting bukan “cuci tandas”, tapi cara kita didik anak-anak.

Setuju atau tidak? 👇




TAK MAU JUAL SGT MINYAK!! Ambik kena saman terus.. video yang tular berkaitan dengan keengganan stesen minyak di Juru ar...
16/04/2026

TAK MAU JUAL SGT MINYAK!! Ambik kena saman terus..

video yang tular berkaitan dengan keengganan stesen minyak di Juru arah utara menjual minyak diesel kepada pemandu lori, sepasukan 5 pegawai penguatkuasa telah digerakkan ke stesen tersebut pada jam 8.00 malam hari yang sama (15/4/2026.)

Hasil pemeriksaan mendapati stock diesel masih ada di stesen tersebut. Jualan selain daripada pelanggan tetap, dihadkan pembelian hanya sebanyak 20 liter sahaja.

Berikutan itu, suatu tindakan kes telah diambil terhadap stesen minyak tersebut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 16A(1)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu keengganan menjual barang kawalan.

Sumber : page kpdn p**au pinang

Persembahan teater di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia!!!Mereka menormalkan maksiat..Mohon pihak berkenaan ...
16/04/2026

Persembahan teater di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia!!!

Mereka menormalkan maksiat..
Mohon pihak berkenaan samada menjaga hal-ehwal agama ambik tindakan segera utk cegah benda maksiat ni acara tidak membiak di kalangan anak muda Melayu Islam kita..

Viral: Pekerja Petronas Gaya Naruto di R&R Arah SelatanDi Petronas R&R arah selatan, seorang pekerja tiba-tiba buat aksi...
15/04/2026

Viral: Pekerja Petronas Gaya Naruto di R&R Arah Selatan

Di Petronas R&R arah selatan, seorang pekerja tiba-tiba buat aksi Naruto sambil layan pelanggan—buat gaya tangan ninja dan jerit “jutsu” secara spontan.

Ramai pelanggan yang nampak terus ketawa dan sempat rakam video. Walaupun kelakar, dia tetap buat kerja macam biasa dengan cepat dan mesra.

Video tu kemudian viral di TikTok, ramai puji dia sebab “sporting” dan buat orang yang singgah jadi ceria walaupun tengah malam.

Seorang lelaki berkongsi pengalaman mengecewakan apabila majlis akikah keluarganya bertukar kecoh susulan masalah cateri...
14/04/2026

Seorang lelaki berkongsi pengalaman mengecewakan apabila majlis akikah keluarganya bertukar kecoh susulan masalah catering yang didakwa gagal menepati janji.

Menurutnya, isu sudah mula timbul sebelum hari majlis apabila pihak catering sukar dihubungi untuk pengesahan sembelihan kambing akikah. Malah, tiada bukti jelas diberikan berkaitan pelaksanaan akad, sekali gus menimbulkan keraguan sama ada akikah tersebut benar-benar dilakukan.

Pada hari majlis, makanan sepatutnya dihantar sekitar jam 10 pagi sebelum ketibaan tetamu. Namun sehingga tetamu mula hadir, makanan masih belum sampai dan panggilan serta mesej kepada pihak catering tidak dijawab. Hanya selepas dihubungi menggunakan nombor lain, mereka memaklumkan berlaku kelewatan dan makanan hanya boleh dihantar sekitar waktu tengah hari.

Bagaimanapun, makanan sebenar hanya tiba sekitar jam 2 petang ketika sebahagian tetamu sudah mula beredar. Lebih mengecewakan, jumlah hidangan yang dihantar didakwa tidak mencukupi berbanding pakej asal, dengan hanya dua periuk lauk disediakan walaupun dijanjikan beberapa menu termasuk kambing akikah.

Keadaan itu memaksa tuan rumah mengambil langkah sendiri dengan menambah makanan lain bagi memastikan tetamu yang masih ada dapat dijamu. Pada masa sama, mereka turut mempersoalkan sama ada jumlah kambing akikah yang dijanjikan benar-benar dipenuhi.

Lelaki itu memaklumkan keluarganya kini sedang berbincang dengan pihak catering untuk menuntut ganti rugi, namun memilih untuk tidak mendedahkan identiti syarikat berkenaan sementara proses tersebut masih berjalan.






Sumber: TikTok
Gambar hiasan sahaja (AI)

14/04/2026

Rumah terbuka penduduk kampung batu puteh kulim Kedah ..
Dgn Vibe dlm ladang pokok kelapa..
Bertema Raya kampung ...



Duduk satu taman… tapi perangai macam duduk atas kayangan.Orang   tegur, buat tak nampak.Orang senyum, muka masam.Ingat ...
13/04/2026

Duduk satu taman… tapi perangai macam duduk atas kayangan.Orang tegur, buat tak nampak.
Orang senyum, muka masam.
Ingat hebat sangat ke hidup tu?
Sampai satu malam… rumah gelap.
Blacklist TNB, sunyi sepi.
Siapa datang tolong?
Jiran yang kau tak pernah pandang tu lah.

Masa tu baru nak senyum?

Sombong tu tak salah…
tapi jangan sampai lupa —
kita semua tetap hidup berjiran.

Hari ni kau tak perlukan orang,
esok lusa… belum tentu.
[tiada kena mengena dgn sesiapa story ni)




Tempahan  🔺2026Sesuai untuk pelbagai majlis💰 Bermula RM300📲 016-6159962
13/04/2026

Tempahan 🔺2026
Sesuai untuk pelbagai majlis

💰 Bermula RM300
📲 016-6159962





Address

Karangan
09700

Telephone

+60166159962

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wan Massuri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wan Massuri:

Share