Hanah Fruit Cake

Hanah Fruit Cake Hanah Fruit Cake, adalah pengeluar dan pembekal kek kukus buah yang tidak bermusim disekitar Johor Bahru, Johor sejak dari tahun 2010.

KEK KUKUS BUAH TRADISIONAL. SEDAP, LEMAK MANIS DAN TIDAK KERING. Kek kukus buah tradisional yang diusahakan oleh ibu saya Puan Saimah Omar sejak dari tahun 2009. Kini saya dan suami telah mewarisi resepi Kek Kukus Buah dimana kami juga pengeluar produk ini. Kek ini dipasarkan disekitar Johor Bahru dan Singapura. Untuk Johor Bahru ada dijual di Plaza Angsana, Kipmart Tampoi, Pasar Tani Larkin, Pa

sar Besar Larkin, Tmn Perling,Bandar Baru Uda, Pasar Dahlia, Taman Universiti, Taman Pulai Perdana, Taman Pulai Indah, Taman Sri Pulai dan banyak lagi. Berat kek 800gm berukuran 6 x 6. Kek boleh bertahan pada suhu biasa selama 6 bulan. Menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan dikukus selama 4 jam. Kek tidak bermusim dimana pengeluaran setiap hari setiap bulan dan permintaan tinggi pada musim perayaan terutama hari raya puasa, raya haji, raya cina, Deepavali dan Krismas. Jika berminat untuk menjadi pengedar sila hubungi saya Puan Anis 012-7800595.

2026 ini fokus untuk perbaiki diri. Tok Abah share kan 26 cara kamu boleh buat serta-merta:Jadikan senarai ini sebagai c...
31/12/2025

2026 ini fokus untuk perbaiki diri. Tok Abah share kan 26 cara kamu boleh buat serta-merta:

Jadikan senarai ini sebagai checklist kehidupan kamu bermula 2026 ini ya:

1. Solat di awal waktu.

2. Istiqamah solat taubat setiap malam.

3. Maafkan semua orang yang menyakiti kita sebelum kita tidur.

4. Tetapkan matlamat hidup yang jelas.

5. Baca sekurang-kurangnya 10 muka surat sehari.

6. Berhenti menghukum dan menganiaya orang.

7. Jaga pemakanan sebagai amanah paling mustahak.

8. Belajar sayang dan pelihara diri sendiri dengan cara yang betul.

9. Bangun lebih awal dari kebiasaan. Sebaiknya 2 jam sebelum Subuh.

10. Biasakan menulis jurnal atau catatan harian. Supaya kita dapat fikir dengan lebih teratur dan jelas.

11. Tinggalkan tabiat buruk, satu demi satu.
Perubahan besar bermula dengan keputusan kecil.

12. Terima kritikan dengan hati terbuka. Apa yang orang kata, terima ia sebagai hadiah untuk kita lebih merenung diri.

13. Pelajari satu skil baharu secara berterusan. Jangan pernah merasa selesa dengan apa yang kita tahu, sedangkan banyak lagi perkara yang kita tak tahu di atas muka bumi ni.

14. Percaya pada diri sendiri.
Jika kamu sendiri tidak yakin, siapa lagi?

15. Bina rutin hidup yang lebih baik. Keep track dengan bagaimana kita gunakan masa dan tenaga secara harian.

16. Rancang dan fikir secara strategik. Jangan terburu-buru dengan emosi. Duduk, tuliskan dulu apa kesan dan akibat dari sesuatu keputusan yang kita buat.

17. Belajar melihat sesuatu dari sudut pandang berbeza. Kena lihat faktor-faktor sekeliling dan meneliti kemungkinan yang ada.

18. Urus dan rekod kewangan dengan jujur. Utamakan keperluan bukan kehendak semata-mata.

19. Berhenti memberi alasan. Selain ia dilihat tidak professional, kepercayaan orang terhadap kita pun boleh berkurang.

20. Jangan bertangguh pada perkara penting. Tiada istilah 'tunggu masa sesuai', tukar, masa yang sesuai adalah sekarang.

21. Fokus kepada satu perkara dalam satu masa. Benar, kamu boleh multi-tasking, tetapi belum tentu boleh multi-fokus.

22. Kenali kelemahan diri dan baiki dengan rendah hati.

23. Keluar dari comfort zone dan pilihlah circle yang sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan

WalimatulurusSegamat 19hb DisSri Medan 20hb DisKg Sg Nibung 21hb Dis
21/12/2025

Walimatulurus
Segamat 19hb Dis
Sri Medan 20hb Dis
Kg Sg Nibung 21hb Dis

07.12.2025LHDN Family DayIni merupakan hari keluarga terakhir dengan Lhdn sebab suami akan bersara mulai Feb 2026. In sy...
07/12/2025

07.12.2025
LHDN Family Day
Ini merupakan hari keluarga terakhir dengan Lhdn sebab suami akan bersara mulai Feb 2026. In sya Allah lepas ini hari keluarga bersama Hanah Fruits Cake... semoga Allah permudahkan... Aamiin

Halah halah.... pengantin lama tumpang bersanding...sebab pelamin outdoor cantik...
06/12/2025

Halah halah.... pengantin lama tumpang bersanding...sebab pelamin outdoor cantik...

22 November 2025Ainaa Convocation Day!!!Tahniah Ainaa... semoga Allah permudahkan kehidupan mendatang dan sentiasa dlm r...
22/11/2025

22 November 2025

Ainaa Convocation Day!!!
Tahniah Ainaa... semoga Allah permudahkan kehidupan mendatang dan sentiasa dlm rahmat & redha Allah... Aamiin

Part 2Kuching, Sarawak
09/11/2025

Part 2
Kuching, Sarawak

Part 1Kuching, Sarawak
09/11/2025

Part 1
Kuching, Sarawak

Kadang-kadang kita rasa kita yang rajin. Kita yang kuat. Kita yang pilih untuk buat baik. Kita yang solat awal waktu, ha...
06/11/2025

Kadang-kadang kita rasa kita yang rajin. Kita yang kuat. Kita yang pilih untuk buat baik. Kita yang solat awal waktu, hadir majlis ilmu, sedekah, baca Quran, atau menahan diri daripada dosa.

*Ibn al-Qayyim mengingatkan:*
*Janganlah kamu menyangka bahawa dirimu sendiri yang telah mendorongmu melakukan amal soleh,*
*tetapi ketahuilah bahawa kamu adalah hamba yang dikasihi oleh Tuhan,*
*maka janganlah kamu mengabaikan kecintaan ini,*
*supaya Dia tidak melupakanmu.*

Kalau Allah tidak memilih kita, tidak mungkin hati dan kaki bergerak untuk taat. Kebaikan itu bukan hasil kekuatan diri. Ia hadiah.

Bila Allah sayang, Allah jemput kita kepada kebaikan. Allah lembutkan hati untuk mendengar nasihat. Allah gerakkan kaki ke masjid. Allah letakkan rasa bersalah bila buat dosa. Allah bagi kekuatan untuk bangun semula.

Maksudnya, seluruh diri akan mudah taat.

Ini tanda cinta Allah.

Namun cinta ini boleh disia-siakan. Ada manusia yang pernah rasa manisnya ibadah, tetapi hari ini kosong. Dulu rajin baca Quran, hari ini hilang semangat. Dulu menangis dalam sujud, hari ini tidak peduli. Bila seseorang memilih untuk berpaling, Allah boleh tarik kembali rasa itu. Hati menjadi keras. Nasihat tidak masuk. Arah hidup menjadi gelap atau buntu.

Kita tidak perlukan dunia untuk menyaksikan kebaikan kita. Cukuplah Allah yang melihat, dan cukuplah kita berharap agar Allah terus memilih kita dalam barisan hamba yang dicintai-Nya.

Semoga Allah memandang kita dengan rahmat.
Semoga Allah tidak berpaling daripada kita.
Semoga Allah tetapkan hati kita atas jalan ini sehingga saat akhir.

cnp fb - Ustaz Fazrul Ismail

20/10/2025
18 Okt & 19 Okt 2025Cameron HighlandShort vacation
19/10/2025

18 Okt & 19 Okt 2025
Cameron Highland
Short vacation

19/10/2025
Selamat Pengantin Baru Izzat & Dayana...
21/09/2025

Selamat Pengantin Baru Izzat & Dayana...

Address

Johor Bahru
81300

Telephone

+60127800595

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hanah Fruit Cake posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hanah Fruit Cake:

Share

Category