Proud Sawit Owner

Proud Sawit Owner Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Proud Sawit Owner, Grocers, lot 325 Jalan besar, Jerteh.

25/12/2024

Salam Sejahtera😊🌤️

Saya nak share hari ni mengenai🫣

*PETANDA KEBUN ANDA SUDAH DMASUKI MUSIM MELAWAS* 😱

📌 Banyak pokok bunga jantan mula rancak berbunga di pokok sawit anda
📌 Produktiviti buah sawit menurun secara mendadak
📌 Nak masuk kebun pun rasa malas sebab hasil makin menurun
📌 Pokok langsung tidak keluarkan buah
📌 Tandan makin kecil
📌 Buah mengecut dan buah lerai jadi kecil2
📌 Buah ringan nak timbang kilang pun malu

MACAM MANA CARA UNTUK MENGURANGKAN MASA MUSIM BUAH MELAWAS ?

5 CARA HADAPI MUSIM MELAWAS

✅ Ada jadual pembajaan yang teratur

✅ Elakkan over prunning yang menyebabkan pokok makin stress

✅ Buat pengapuran sekiranya tanah masam. Tanah yang berasid dan masam akan menyebabkan akar rosak. Ini menyukar pokok menyerap baja pada musim melawas

✅ Hapuskan makhluk perosak seperti kumbang dan ulat bungkus. Makhluk ini akan menyerang bahagian daun, iaitu tempat sumber tenaga

✅ Elakkan meracun sekiranya mampu kerana apabila meracun terlalu kerap akan menyebabkan kerosakan struktur akar

✅ Gunakan baja organik seperti baja GoSawit untuk mengurangkan kesan musim melawas melalui kaedah mengurangkan stress pada pokok

Assalammualaikum Dan Selamat Pagi, Salam 4 Ramadhan Kepada sahabat sahabat yg beragama islam, Semoga Sihat Sentiasa Hend...
26/03/2023

Assalammualaikum Dan Selamat Pagi,
Salam 4 Ramadhan Kepada sahabat sahabat yg beragama islam, Semoga Sihat Sentiasa Hendaknya,

Sedikit perkongsian perihal pelepah sawit yang di pruning. Berdasarkan info grafik yang dikongsikan, terdapat dua unsur nutrient yang boleh kita kurangkan/jimatkan dalam panduan kita membeli Baja Biji.

Contoh, sekiranya keperluan baja buah (K) utk pokok kita tahun ini adalah 5kg/palm, maka kita boleh tolak 0.7kg. Cukuplah peruntukkan 4.3kg/palm saja. Begitu juga utk unsur N, 1kg/palm utk setahun sudah memadai.

Semasa membaja p**a, pentingnya utk kita menabur baja di tempat potensi akar ke-3 & 4 paling b*k. Ibarat kita bagi ikan makan didalam sangkar. Kalau kita letak mknan ikan di luar sangkar, ikan tersebut xdpt makanan. Sama juga konsepnya dgn pembajaan pokok sawit. Seperti yg kita sedia maklum, harga baja biji sekarang melambung tinggi. Sebagai pengguna, kita mahu pastikan setiap gram baja yg kita tabur, diterima oleh pokok2 sawit kan?.

Terdpata juga option lain utk mengurangkan pembelian baja Biji, contohnya Dgn penggunaan Baja Cecair Organik Gosawit, Selain Memenuhi Keperluan Sumber Nutrien bagi Pokok Sawit, ia juga mampu berfungsi sebagai Penyubur bagi pokok kelapa Sawit terutama dari segi penyerapan akar dan pH Tanah. Selain itu, antara kelebihan baja cecair organik gosawit, mempunyai unsur mikro seperti boron,mgnesium,kalsium dan lain2 lgi dimana kandungan ini tidak dibekalkan dlm kandungan baja biji yg biasa,

Sekian, semoga bermanfaat 🙂
Assalammualaikum😎

Apa itu penyakit Ganoderma?Penyakit kulat yang menjangkit dan mereputkan batang, akar ataupangkal pokok sawit. Ia juga d...
14/02/2023

Apa itu penyakit Ganoderma?

Penyakit kulat yang menjangkit dan mereputkan batang, akar atau
pangkal pokok sawit. Ia juga dikenali sebagai salah satu jenis
penyakit akar putih disebabkan warna hypha kulat.

Kulat ganoderma adalah sejenis parasit yang tumbuh di kawasan tanah yang bertoksid dan masam. Hal ini kerana kawasan yang bertoksid dan masam tidak mengandungi mikrob baik atau telah mati.

Kesan tanah masam dan tiada organisma baik ini akan menyebabkan hasil kelapa sawit akan berkurangan dan juga jangka hayat pokok juga menjadi pendek atau akhirnya boleh mati.

*TANAMAN POKOK KELAPA SAWIT DI TANAH GAMBUT*Jom ketahui ...😃Terdapat lima jenis bahan organik tanah yang biasanya memben...
04/09/2022

*TANAMAN POKOK KELAPA SAWIT DI TANAH GAMBUT*

Jom ketahui ...😃

Terdapat lima jenis bahan organik tanah yang biasanya membentuk tanah gambut bergantung kepada asal-usul dan kadar pereputan bahan organik, selain daripada bahan kayu (diameter lebih 2 cm) iaitu:

i) *Lumut* - biasanya ditemui di kawasan tanah tinggi di kawasan tropika.

ii) *Fiber atau gentian* - kepingan tisu tumbuhan dalam bahan organik tanah (tidak termasuk akar hidup).

iii) *Bahan fibrik.*

iv) *Bahan hemik.*

v) *Bahan saprik.*

Berdasarkan kepada tahap kedalaman tanah gambut maka ia telah dikelaskan daripada tiga kepada empat kump**an baru iaitu jenis :🤔

(i) Gambut cetek 50 - 100 cm,

(ii) Gambut sederhana dalam 100 - 150 cm

(iii) Gambut dalam 150 - 300 cm dan juga

(iv) Gambut sangat dalam > 300 cm.

Pengkelasan tanah gambut untuk siri Penor. Secara kimianya, tanah gambut bersifat masam (pH>3.5). 😱

Terdapat juga tanah gambut yang mengandungi lapisan sulfurik di bawah permukaan tanah.

Secara semula jadi, tanah gambut mempunyai status kandungan nutrien makro (N, P, K dan Mg) dan mikro (Cu, Zn, dan B) yang rendah.

Dari segi fizikal p**a, kebiasaannya paras air di kawasan tanah gambut adalah tinggi.

Ini boleh mengehadkan proses pereputan bahan organik kerana kurang pengudaraan dan boleh memberi kesan buruk terhadap pertumbuhan pokok.

Nak tahu lagi tentang kelapa sawit anda dengan lebih lanjut ?

Boleh tanyakan saya jika perlukan bantuan😊

💡TIPS-TIPS MUDAH DARI OTAI SAWIT 💡*1. Bagaimana cara untuk bunuh kulat ganoderma pada pokok sawit?*✅Ambil tayar kereta/m...
03/08/2022

💡TIPS-TIPS MUDAH DARI OTAI SAWIT 💡

*1. Bagaimana cara untuk bunuh kulat ganoderma pada pokok sawit?*

✅Ambil tayar kereta/motor lama dan belah. Kemudian letakkan di kawasan akar pokok dan bakar tayar tersebut atau titiskan tayar terbakar di kulat gano (jangan letak tayar betul-betul di akar pokok. Perlu jarakkan sedikit).

*2. Apa perlu dibuat jika pokok tidak berbuah?*

✅Lakukan pendebungaan secara manual. Ambil bunga jantan, kemudian emparkan pada bunga betina di pokok sawit (jika pokok masih rendah).

*3. Sawit saya kekurangan mineral. Apa perlu dibuat?*

✅Taburkan garam di sekitar pangkal pokok sawit. Ataupun tabur baja yg ada unsur Mg tinggi.

*4. Tangan tercucuk duri sawit. Macam mana nak buat?*

✅ Ambil biji sawit lerai kemudian picit sehingga keluar minyak. Sapu minyak tersebut di kawasan luka.

*5. Kawasan tanah sawit saya adalah tanah jenis berpasir. Apa perlu di lakukan?*

✅Buat batas supaya air lambat meresap/turun. Kerana tanah berpasir tidak dapat pegang air dalam tanah tersebut.

Address

Lot 325 Jalan Besar
Jerteh
22000

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 07:00 - 22:00
Saturday 07:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Proud Sawit Owner posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category