Pasar Mini Mash

Pasar Mini Mash Segala update tentang apa yg berlaku di Pasar Mini Mash akan di postkan di sini, silakan follow.

25/09/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,
Saya Imran Shah, dengan dukacitanya ingin memaklumkan bahawa saya terpaksa menutup pasar mini saya kerana gagal mendapatkan bekalan subsidi minyak masak. Terdapat banyak cabaran dalam memperoleh bekalan minyak masak. Walaupun jumlah pelanggan sangat ramai, di mana 97% daripada mereka datang ke Pasar Mini Mash semata-mata untuk membeli minyak paket, saya telah mencuba pelbagai cara untuk memastikan bekalan minyak mencukupi. Namun, malangnya, bekalan minyak masak saya telah terputus sepenuhnya.
Salah satu sebab utama perniagaan saya tidak dapat bertahan adalah margin keuntungan yang sangat kecil dari penjualan minyak paket, iaitu 2% setiap paket atau sekitar RM 0.05 setiap paket. Dengan margin sekecil itu, saya tidak mampu lagi untuk membayar sewa. Kerajaan p**a keberatan untuk mengubah mekanisme subsidi agar lebih adil kepada pemborong dan peruncit, yang juga bertindak sebagai pengedar utama. Tidak masuk akal apabila kerajaan tidak mahu pengedar turut mendapat keuntungan yang sepatutnya. Jika peruncit dan pemborong diberi margin keuntungan yang berpatutan, saya yakin minyak paket akan lebih banyak di pasaran.
Namun, kerajaan dilihat tidak mahu membantu pengedar utama minyak paket. Apabila saya berbincang dengan pegawai KPDN, mereka hanya memberikan jawapan mudah, "Jangan jual, kalau tak untung."
Itu sahaja daripada saya. Saya berharap agar kerajaan mengambil inisiatif untuk menstruktur semula mekanisme subsidi. Pemberian subsidi kepada rakyat adalah sesuatu yang baik, tetapi jika pengedar tidak mendapat margin keuntungan yang wajar, ia hanya membuang masa dan wang pembayar cukai. Apakah gunanya jika minyak paket ini akhirnya disalahgunakan, sedangkan margin keuntungannya adalah sifar atau bahkan negatif?
Sekian, terima kasih.
Imran Shah

Send a message to learn more

Address

No 44 Laluan Tasek Timur 15
Ipoh
31400

Telephone

+6055454476

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasar Mini Mash posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pasar Mini Mash:

Share

Category