Koperasi Jelai 3 Gemas Berhad

Call Directions

Koperasi Jelai 3 Gemas Berhad Petrol Station Jelai 3

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 & 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐀𝐋𝐊 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐈 𝟑 𝐆𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃📅 Tarikh: 06 NOVEMBER 2026 (JUMAAT)Alhamdulillah, Ahl...
06/11/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 & 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐀𝐋𝐊 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐈 𝟑 𝐆𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃

📅 Tarikh: 06 NOVEMBER 2026 (JUMAAT)

Alhamdulillah, Ahli Lembaga Koperasi (ALK) 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐢 𝟑 𝐆𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 telah mengadakan Program Ziarah Kasih dengan menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada EN. Hassan Bin Hussin & Pn. Mariah Binti Ahmad yang sedang menjalani proses pemulihan.

Beliau yang merupakan ahli koperasi menetap di:
🏠 No. 95, Blok 4, Felda Jelai 3.

Program ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐢 𝟑 𝐆𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 terhadap ahli-ahli yang ditimpa ujian dan sedang menghadapi masalah kesihatan.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, mengangkat segala kesakitan serta mempermudahkan segala urusan beliau.

امْسَحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ، بِيَدِكَ الشِّفَاءُ، لَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا أَنْتَ

“Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah penyakit ini. Di tangan-Mu segala kesembuhan. Tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Engkau.”

Semoga beliau dikurniakan syifa’, kesabaran dan kekuatan, serta dipermudahkan urusan dalam menjalani rawatan. Insya-Allah.



𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐈 𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐆𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐊 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔📅 Tarikh: 31 Oktober 2026 (Sabtu)⏰ Ma...
06/11/2026

𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐈 𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐆𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐊 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔

📅 Tarikh: 31 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00 pagi
📍 Tempat: Pusat Dakwah Islamiah, Jalan Paroi-Senawang, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

Alhamdulillah, Koperasi Jelai Tiga Gemas Berhad telah menghantar wakil yang diketuai oleh Pengerusi Koperasi, 𝐄𝐧. 𝐇𝐣. 𝐌𝐝. 𝐀𝐦𝐢𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝. 𝐑𝐢𝐟𝐟𝐚, bagi menghadiri Mesyuarat Agung Wilayah Bank Rakyat 2026 untuk pemilihan perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat bagi tahun 2027 dan 2028.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen Koperasi Jelai Tiga Gemas Berhad dalam memperkukuh hubungan kerjasama, membawa suara dan kepentingan anggota serta menyokong pembangunan gerakan koperasi.

Semoga penglibatan ini terus membuka ruang kepada kerjasama strategik, perkongsian idea dan kemajuan koperasi pada masa hadapan.

Bersama Memperkasa Koperasi, Membina Masa Depan yang Lebih Gemilang.

KOPERASI JELAI TIGA GEMAS BERHAD
Bergerak Bersama, Maju Bersama.



𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐑𝐄𝐃𝐈𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐍𝐔 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈: 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈, 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎📅 Tarikh: 21 Oktobe...
22/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐑𝐄𝐃𝐈𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐑-𝐑𝐀𝐇𝐍𝐔 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈: 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈, 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎

📅 Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Dewan Perhubungan Angkasa, Paroi, Negeri Sembilan

𝗞𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗝𝗲𝗹𝗮𝗶 𝟯 𝗚𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 telah menghantar dua orang wakil Anggota Lembaga Koperasi (ALK) bagi menyertai program anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan ini.

Program ini memberi penekanan terhadap aspek tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan prinsip Syariah bagi memperkukuh kecekapan serta integriti pengurusan koperasi.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen koperasi dalam meningkatkan pengetahuan, memperkukuh amalan pengurusan serta memantapkan tadbir urus organisasi ke arah yang lebih cekap, telus dan mampan.

Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan bagi memacu pertumbuhan serta kecemerlangan 𝗞𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗝𝗲𝗹𝗮𝗶 𝟯 𝗚𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗕𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱 secara berterusan.

𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐮𝐤𝐮𝐡, 𝐓𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫 𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐓𝐞𝐫𝐩𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚, 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚.



Assalamualaikum w.b.t.𝙅𝙀𝙈𝙋𝙐𝙏𝘼𝙉 𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝘽𝘼𝘾𝘼𝘼𝙉 𝙔𝘼𝙎𝙄𝙉 𝘿𝘼𝙉 𝙏𝘼𝙃𝙇𝙄𝙇Dengan segala hormatnya, semua Ahli Koperasi, Ahli Lembaga ...
22/10/2026

Assalamualaikum w.b.t.

𝙅𝙀𝙈𝙋𝙐𝙏𝘼𝙉 𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝘽𝘼𝘾𝘼𝘼𝙉 𝙔𝘼𝙎𝙄𝙉 𝘿𝘼𝙉 𝙏𝘼𝙃𝙇𝙄𝙇

Dengan segala hormatnya, semua Ahli Koperasi, Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan seluruh pekerja 𝙆𝙤𝙥𝙚𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙅𝙚𝙡𝙖𝙞 𝟯 𝙂𝙚𝙢𝙖𝙨 𝘽𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙 dijemput hadir ke majlis bacaan Yasin dan tahlil yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📍 Tempat: Masjid Nurul Huda, Felda Jelai 3
🗓️ Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
🕖 Masa: 7.00 malam

Semoga majlis yang dilaksanakan ini mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT. Mudah-mudahan segala urusan serta perjalanan perniagaan Koperasi Jelai 3 Gemas Berhad sentiasa dipermudahkan, dilimpahi rezeki dan diberikan kejayaan.

Kehadiran semua amatlah dihargai.



📢 JOM SOKONG KOPERASI JELAI 3 GEMAS BERHAD! 💚Tahukah anda? Kini anda boleh membuat pembayaran bil utiliti di Koperasi Je...
14/10/2026

📢 JOM SOKONG KOPERASI JELAI 3 GEMAS BERHAD! 💚

Tahukah anda? Kini anda boleh membuat pembayaran bil utiliti di Koperasi Jelai 3 Gemas Berhad!

✅ Bil elektrik
✅ Bil air
✅ Bil Astro
✅ Dan lain-lain bil utiliti

📍 Lokasi: Koperasi Jelai 3 Gemas Berhad
🕘 Waktu operasi: Isnin – Sabtu, 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Jom kita sama2 menyokong koperasi kita sendiri. Setiap sokongan anda amat bermakna dalam membantu mengembangkan perniagaan koperasi demi manfaat bersama.

Koperasi kita, tanggungjawab kita. Sama2 kita majukan!



𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 🏆𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐢 𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐆𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 berbesar hati kerana telah diberi pe...
11/09/2026

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 🏆

𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐢 𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐆𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 berbesar hati kerana telah diberi pengiktirafan apabila tercalon sebagai antara 20 Koperasi Terbaik Negeri Sembilan bagi Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi (MAGK) 2026.

Walaupun belum berjaya membawa pulang anugerah pada kali ini, pencalonan ini merupakan satu penghargaan dan motivasi besar buat seluruh barisan kepimpinan serta warga 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐢 𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐆𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 untuk terus berusaha memberikan yang terbaik kepada anggota dan komuniti.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada koperasi yang berjaya meraih tempat:

🥇 Tempat Pertama
Koperasi Peserta-Peserta Gugusan Lakai

🥈 Tempat Kedua
Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Bayai, Jempol

🥉 Tempat Ketiga
Koperasi Permodalan & Perusahaan Melayu

Tahniah kepada semua koperasi yang telah berjaya. Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin kepada kemajuan dan kecemerlangan gerakan koperasi di Negeri Sembilan.

𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐢 𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐆𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 akan terus melangkah, memperkukuh usaha dan berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

“Bukan sekadar tercalon, tetapi terus berusaha untuk menjadi yang terbaik.”



20/08/2026

Jom kita layan satu video daripada Koperasi Jelai 3!!!

🏆𝐀𝐋𝐇𝐀𝐌𝐃𝐔𝐋𝐈𝐋𝐋𝐀𝐇, 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐂.𝐀.𝐑.𝐄 𝐄𝐗𝐏𝐋𝐎𝐑𝐀𝐂𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔 🏆Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 ...
24/07/2026

🏆𝐀𝐋𝐇𝐀𝐌𝐃𝐔𝐋𝐈𝐋𝐋𝐀𝐇, 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐂.𝐀.𝐑.𝐄 𝐄𝐗𝐏𝐋𝐎𝐑𝐀𝐂𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔 🏆

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐢 𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐆𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 berjaya dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN dalam Kempen Rakyat C.A.R.E Explorace anjuran Bank Rakyat bagi tempoh 1 April 2026 hingga 30 Jun 2026.

Kejayaan ini melayakkan 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐢 𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐆𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 merangkul Tempat Pertama dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.

Pencapaian ini adalah hasil daripada usaha, komitmen dan kerjasama semua Ahli Lembaga Koperasi, kakitangan serta para pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan kepada perkhidmatan kami.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bank Rakyat atas penganjuran kempen ini yang menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi ejen-ejen Rakyat C.A.R.E.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kami terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti serta mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Terima kasih atas sokongan anda. Tahniah buat seluruh warga 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐢 𝐓𝐢𝐠𝐚 𝐆𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝!



𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 & 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐀𝐋𝐊 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐈 𝟑 𝐆𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃📅 Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)Alhamdulillah, Ahli Lem...
24/07/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 & 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐀𝐋𝐊 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐉𝐄𝐋𝐀𝐈 𝟑 𝐆𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃

📅 Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)

Alhamdulillah, Ahli Lembaga Koperasi (ALK) 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐢 𝟑 𝐆𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 telah mengadakan Program Ziarah Kasih dengan menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada Puan Radin Siti Maznah binti Radin Yusof yang sedang menjalani proses pemulihan akibat pendarahan dalam mata.

Beliau yang merupakan ahli koperasi menetap di:
🏠 No. 173, Blok 8, Felda Jelai 3.

Program ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐢 𝟑 𝐆𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 terhadap ahli-ahli yang ditimpa ujian dan sedang menghadapi masalah kesihatan.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, mengangkat segala kesakitan serta mempermudahkan segala urusan beliau.

امْسَحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ، بِيَدِكَ الشِّفَاءُ، لَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا أَنْتَ

“Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah penyakit ini. Di tangan-Mu segala kesembuhan. Tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Engkau.”

Semoga beliau dikurniakan syifa’, kesabaran dan kekuatan, serta dipermudahkan urusan dalam menjalani rawatan. Insya-Allah.



📅 Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)🕘 Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang📍 Tempat: Dewan Utama, Fakulti Pengajian Bahasa Utama,...
24/07/2026

📅 Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
🕘 Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
📍 Tempat: Dewan Utama, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐢 𝟑 𝐆𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 telah menghantar seorang wakil bagi menghadiri 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐄𝐤𝐬𝐩𝐥𝐨𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐑𝐮𝐚𝐧𝐠 & 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 (𝐂𝐎𝐎𝐏 𝐁𝐈𝐙-𝐍𝐄𝐒𝐓) 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐊𝐌 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Sembilan.

𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐢 𝟑 𝐆𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 telah diwakili oleh Setiausaha Koperasi, 𝐄𝐧. 𝐑𝐢𝐳𝐚𝐦 𝐀𝐳𝐦𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐈𝐛𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦 untuk mengikuti program yang memberi pendedahan mengenai peluang perniagaan baharu, pembangunan keusahawanan, francais serta adaptasi perniagaan digital yang lebih berdaya saing.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan perkongsian yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkukuhkan lagi pengurusan, memperluaskan jaringan kerjasama serta membuka lebih banyak peluang perniagaan demi kemajuan 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐢 𝟑 𝐆𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 pada masa hadapan.



Address

Lot 3525 Felda Jelai 3
Gemas
73480

Opening Hours

Monday 06:00 - 22:00
Tuesday 06:00 - 22:00
Wednesday 06:00 - 22:00
Thursday 06:00 - 22:00
Friday 06:00 - 22:00
Saturday 06:00 - 22:00
Sunday 06:00 - 22:00

Telephone

+60122503012

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Jelai 3 Gemas Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category

Nearby grocery stores