07/06/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Sahabat Nada (PERSADA) selaku penggerak program Jelajah Orang Johor (JOJ) @ DUN Sungai Balang × Nyantai Fest 2026.
Terima kasih atas segala usaha, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan dalam menjayakan program ini dari awal hingga ke penghujungnya.
Segala penat lelah di sebalik tabir telah berjaya diterjemahkan menjadi sebuah acara yang menghimpunkan masyarakat melalui aktiviti komuniti, kebudayaan, kesenian, sukan rakyat dan hiburan dalam suasana penuh kemesraan.
Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi manfaat kepada masyarakat dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak program yang mampu menyatukan komuniti pada masa akan datang.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga JOJ dan PERSADA atas kejayaan penganjuran Jelajah Orang Johor (JOJ) @ DUN Sungai Balang × Nyantai Fest 2026.
📸 LensaKiKi Media Studio