26/10/2026
𝑫𝑨𝑼𝑳𝑨𝑻 𝑻𝑼𝑨𝑵𝑲𝑼
Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor (2001–2026).
Sesungguhnya 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku menjadi lambang kepimpinan, kewibawaan dan keprihatinan dalam menaungi kesejahteraan serta kemakmuran Negeri Selangor Darul Ehsan.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia zaman, melimpahkan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar terus memayungi negeri Selangor dengan penuh hikmah dan segala kebesarannya.
𝑷𝒆𝒓𝒈𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒍𝒂𝒚𝒂𝒓 𝒌𝒆 𝑻𝒂𝒏𝒋𝒖𝒏𝒈 𝑱𝒂𝒕𝒊,
𝑺𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒉 𝒃𝒆𝒓𝒕𝒆𝒅𝒖𝒉 𝒅𝒊 𝑷𝒖𝒍𝒂𝒖 𝑨𝒏𝒈𝒔𝒂;
𝑻𝒖𝒂𝒏𝒌𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒆𝒎𝒂𝒚𝒂𝒎 𝒅𝒊 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒉𝒂𝒕𝒊,
𝑫𝒊𝒋𝒖𝒏𝒋𝒖𝒏𝒈 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒑𝒂𝒏𝒋𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒂𝒔𝒂.
𝑷𝒂𝒕𝒂𝒉 𝒈𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒊 𝒕𝒆𝒏𝒈𝒂𝒉 𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏,
𝑫𝒊𝒃𝒂𝒘𝒂 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒅𝒆𝒍𝒊𝒎𝒂;
𝑱𝒂𝒔𝒂 𝑻𝒖𝒂𝒏𝒌𝒖 𝒔𝒆𝒑𝒂𝒏𝒋𝒂𝒏𝒈 𝒛𝒂𝒎𝒂𝒏,
𝑴𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒖𝒍𝒖𝒉 𝒃𝒖𝒂𝒕 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂.
Ampun tuanku.
Sembah takzim daripada,
𝑲𝑬𝑹𝑨𝑱𝑨𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑵 𝑹𝑨𝑲𝒀𝑨𝑻
𝑵𝑬𝑮𝑬𝑹𝑰 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑵𝑮𝑶𝑹 𝑫𝑨𝑹𝑼𝑳 𝑬𝑯𝑺𝑨𝑵