Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat Cina. Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaj
i di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan. Bukan sahaja dari kelebihan khasiatnya malah dari sudut penghasilan dari pelbagai olahan,kacang soya dapat menghasilkan pelbagai produk seperti tempe,air soya,tahu dll. Hasilan tempe merupakan produk utama syarikat kami untuk dipelbagaikan jenama seperti tempe crunch (pelbagai rasa), tempe mentah (pelbagai resepi masakan), coklat tempe,nugget & jejari tempe,rempeyek tempe, tepung tempe pelbagai guna, kosmetik tempe, sardin dsb. Bermula tanpa pengetahuan/pengalaman,dengan semangat yakin dan ingin mencuba tanpa berputus asa, pengasas syarikat ini Encik Mohd Arifin Hj Abd Jabar dan Puan Junainah Hj Darini (ayah & ummi) telah meneroka pelbagai kaedah resepi untuk menghasilkan produk tempe. Bermula dengan modal RM200 dan peralatan ‘manual’, kini kami dan keluarga mampu tersenyum kerana penghasilan dan keuntungan jualan serta peralatan kerja yang moden telah diperolehi walaupun belum secara maksimum. Diurus secara keluarga, perusahaan ini sekarang telah diserah pengurusannya pada Muhammad Huzaifah bersama adik-beradik atas nama syarikat Mesra Sepakat Enterprise (SA0186326-W). Semoga bimbingan yang berterusan dari jabatan-jabatan kerajaan (AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia), Jabatan Pertanian, Tekun, IKS Negeri Selangor) dapat terus membantu syarikat ini maju kehadapan seterusnya dapat menembusi pasaran global. - Pengurus