31/03/2026
Nur Umairah Abdul Rahman, 12, yang menghidap kanser otak tahap empat, bakal menjejakkan kaki ke Langkawi - sebuah destinasi yang selama ini hanya menjadi
impian.
Perjalanan ke Langkawi ini direalisasikan hasil usaha pelbagai pihak termasuk EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah dan Kedah Tourism bersama sokongan rakan strategik yang bersama-sama menunaikan impian kecil yang begitu besar maknanya.
Kelmarin, Kedah Tourism hadir ke Pasar Raya Besar Mydin di Taman Saga, bagi menyantuni Nur Umairah bersama keluarga yang menerima tajaan pakaian dan barangan kelengkapan sebagai persediaan untuk ke Langkawi.