KETAMlembut

KETAMlembut Kami menjual ketam kulit lembut. Jadi, senang goreng seekor dan boleh makan semua. Tak perlu pecahkan kulit. So, ketam batu boleh hidup berminggu kat darat.

KETAM KULIT LEMBUT
(Soft Shell Crab)

Jenis:-
Ketam Nipah (Mud Crab)

Ketam kulit lembut adalah dr spesis ketam nipah yg hidup dilaut dan muara hutan nipah. Ketam nipah akan bersalin kulit dua kali dalam sebulan. Stok ketam bergantung pada hasil tangkapan ketam mengikut cuaca. Ketam nipah tidak banyak menyalin kulit pada cuaca hujan. Sebab itu stok ketam kulit lembut liar tidak menentu...

Stok k

etam kulit lembut kami hanya disimpan didalam peti sejuk beku selama kurang dari dua minggu kerana ketam kulit lembut liar mempunyai permintaan tinggi di pasaran. Perbezaan ketam kulit lembut liar adalah tidak disimpan lama didalam peti sejuk beku kerana stok ketam mempunyai tempahan yang tinggi dari pelanggan. Manakala ketam kulit lembut yang diimport dari luar negara di sejuk beku kan sehingga 2-3tahun. Ketam kulit lembut kami dicari oleh pencari ketam sekitar hutan nipah di kedah. Perbezaan ketam kulit lembut liar dan ternak pula adalah, ketam liar ditangkap pada waktu selepas ketam menyalin kulit didalam sarangnya. Manakala ketam bela dipaksa untuk menyalin kulit.

1. Ketam nipah / bakau ni bernafas menggunakan insang...kalau cengkerang di buka, akan terdapat insang lembut kat tepi kiri-kanan. Ketam nipah ni boleh hidup tanpa air selama 2 hari je...sebab bila insang kering, dia akan mati...ketam batu plak takde insang ni. Ketam batu seperti katak dan reptilia dua alam, bernafas menggunakan paru2. Atas dasar biologi inilah beberapa fatwa dikeluarkan bahawa ketam nipah / bakau halal bagi umat Islam manakala ketam batu haram. Boleh le korang rujuk mana2 website agama untuk mendapatkan fatwa ini.

2. Kaki belakang sekali ketam nipah / bakau ni berbentuk leper untuk tujuan berenang, kerana ia hidup dalam air. Manakala ketam batu tidak memiliki kaki sebegini. Kaki terakhir ketam batu sama seperti kaki yang lain (tajam) untuk membolehkannya hidup di darat. Sebab tu juga ketam batu ni kalau kat Sabah pandai panjat pokok kelapa! Manakala satu perbezaan lagi ialah matanya. Mata ketam Nipah / bakau ni pendek seperti ketam bunga atau kat sabah kita panggil ketam suri. Ketam batu pula memiliki mata panjang seperti wiper kereta yang terlipat di sebelah kiri dan kanan. Kalau kat darat, mata ketam ni akan terlipat. Tetapi ketika berada di air, mata ni akan keluar kalau di air cetek (badannya dalam air...mata ni akan keluar dari air...macam teropong kapal selam...tujuannya meninjau makanan dan musuh. Mata ni kalau ketam batu dewasa berukuran lebih kurang 2-3 inci....

Address

Tingkat Impian Indah 3
Alma
14000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KETAMlembut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share