PlatinumCrumb

PlatinumCrumb Healthy bread*Natural Yeast*Nutritious

Roti-doh-achamMasih bentuk bulat dan cubaan menggunakan template(kertas yang berbentuk) semasa “scoring”. 🤔 tidak berapa...
29/09/2021

Roti-doh-acham
Masih bentuk bulat dan cubaan menggunakan template(kertas yang berbentuk) semasa “scoring”. 🤔 tidak berapa cun hasilnya… nanti cuba lagi untuk hasil yang lebih menawan. Resipi yang sama dikongsikan didalam entri yang terdahulu….



Idea santapan roti-doh-acham.Sapu minyak zaitun diatas kedua-dua permukaan roti, bakar diatas kuali tebal sehingga garin...
29/09/2021

Idea santapan roti-doh-acham.
Sapu minyak zaitun diatas kedua-dua permukaan roti, bakar diatas kuali tebal sehingga garing-ikut-selera-masing2, potong tomato 🍅, tabur garam diatas tomato (ikut tahap ketinggian darah anda 😂), letak keju mozarella, letak tomato dan titiskan cuka balsemik diatas roti yang telah sedikit garing tdk…. dan walla… sedapnya…




Roti-doh-acham dalam bentuk boule (bulat). Resipi asas yang mudah diikuti. Pastikan tepung yang digunakan mempunyai kand...
16/09/2021

Roti-doh-acham dalam bentuk boule (bulat). Resipi asas yang mudah diikuti. Pastikan tepung yang digunakan mempunyai kandungan protein yang mencukupi dan pemula anda dalam keadaan yang cergas.

🎀 𝑅𝑒𝓈𝒾𝓅𝒾 𝒜𝓈𝒶𝓈 🎀
343g Tepung Roti, 76g Tepung Whole-wheat, 279 air, 8g garam dan 93g levain (20g tepung roti+20g tepung whole-wheat +20g pemula +40g air)

Cara2: Pastikan pemula anda telah diberi makan malam sebelum bancuhan levain dibuat. Bancuh levain pada esok hari nya. Bila levain telah 175% , autolis (campurkan) tepung dengan air, kacau hingga serata, tutup bekas dan tunggu satu jam.
Masukkan levain dan garam keatas bancuhan tepung tadi. Ratakan kedalam bancuhan tepung tersebut. Tutup bekas dan biarkan 30 minit.
Lakukan Regang & Lipat(stretch &fold) setiap 30 minit sebanyak 3 kali.
Buat “test tingkap2”(windowpane test), jika ok, tutup bekas dan biarkan selama 2 jam.
Preshape—>prepare bannetons—>final shaping—>retard in chiller
Keesokan pagi, letak dutch oven kedalam oven dan panaskan oven 250 ℃ selama sejam. Bakar 250℃ 15” bertutup. Buka tutup dan bakar lagi selama 20-30minit.

Bagi yang baru berjinak-jinak dengan roti doh-acham… bolehlah mula kultur “sourdough starter”aka pemula-doh-acham anda s...
15/09/2021

Bagi yang baru berjinak-jinak dengan roti doh-acham… bolehlah mula kultur “sourdough starter”aka pemula-doh-acham anda sendiri. Anda perlukan satu bekas yg bersih, tepung gandum (unbleached), air dan penimbang. Cara nya adalah seperti di bawah:
🄿🄴🄼🅄🄻🄰 🄳🄾🄷-🄰🄲🄷🄰🄼
Hari 1 : 60g Tepung + 60g air, kacau hingga sebati, letak ditempat yang suam dan jangan tutup kemas.
Hari 2 : Periksa pemula anda, sepatutnya ia telah mula berbuih dan sedikit bau tidak menyenangkan….
Hari 3-7: keluarkan separuh dari pemula anda( lebih kurang 60g) dan tambah 60g tepung dan 60g air, kacau sehingga sebati dan tutup(jangan tutup kemas)
Pada hari ke-tujuh, sepatutnya bancuhan anda mempunyai “kekuatan” untuk kembang dua atau tiga kali ganda; mempunyai bau sedikit masam tapi bukan hapak dan kalau dilihat dari sisi… seperti berongga2 strukturnya.
Tahniah! Anda telah berjaya “melahirkan”pemula-doh-acham anda. Simpan didalam bekas yg bersih, saya simpan didalam bekas seperti didalam gambar, didalam petisejuk. Dan … secara tradisi, namakanlah pemula anda, saya punya bernama Kimutaku dan umur nya baru 3 tahun 10 bulan 👶.





Apa itu roti doh-acham?Roti yang*menggunakan yis semulajadi*mengandungi tepung, garam dan air sahaja*mengandungi bakteri...
09/09/2021

Apa itu roti doh-acham?
Roti yang
*menggunakan yis semulajadi
*mengandungi tepung, garam dan air sahaja
*mengandungi bakteria2 yang baik
*nilai indeks glisemia yang rendah
*senang untuk dihadamkan
*tidak mengandungi bahan pengawet





9.9.21Entri yang pertama disini.Laman ini saya sediakan khas untuk berkongsi ilmu roti doh-acham (sourdough bread) juga ...
09/09/2021

9.9.21
Entri yang pertama disini.
Laman ini saya sediakan khas untuk berkongsi ilmu roti doh-acham (sourdough bread) juga untuk membuka laluan mudah bagi yang ingin membuat pesanan roti doh-acham saya.
Semua ilmu yang akan dikongsikan disini adalah berdasarkan pengalaman sahaja… mungkin ada kekurangannya… saya juga masih mendalami ilmu doh-acham ini 🙏 .



Address

Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30
Saturday 09:00 - 17:30
Sunday 09:00 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PlatinumCrumb posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PlatinumCrumb:

Share