10/11/2026
KUASA PENSIJILAN KESIHATAN: BUKAN SEKADAR “ADA KKM”, TAPI TAHAP KETAT & INTERNASIONAL!
Korang tahu tak, antara negara yang paling tegas tentang akta pemakanan kesihatan di dunia adalah Taiwan, Jepun & Singapura? Pensijilan dan pengiktirafan dari negara-negara ni diterima pakai di peringkat global kerana proses tapisan yang sangat ketat dan langsung tidak boleh dibuat main.
Selama ini, bila sebut pasal produk kesihatan, standard kita orang kita selalunya: “Ada lulus KKM tak?”
Memang betul, KKM itu asas. Tapi, adakah anda tahu bahawa tidak semua produk di pasaran mampu menembusi piawaian ketat yang ditetapkan di negara-negara maju seperti Taiwan?
Bila ada yang mula bercakap tentang kualiti dan kehebatan produk Shuang Hor, buka minda dan dengar dulu. Nak terima atau tidak, itu terp**ang pada penilaian anda sendiri. Tapi mari kita lihat fakta di sebalik tabir:
3 Pilar Utama Kekuatan Pensijilan Shuang Hor:
Pengiktirafan Rasmi & Konsensus 12 Pakar (12 Experts Consensus):
Produk Shuang Hor dikaji secara mendalam oleh 12 orang pakar daripada pelbagai bidang berlainan. Bukan separuh-separuh—malah, kesemua 12 pakar mesti sebulat suara kata LULUS. Jika ada satu sahaja pakar yang tidak mencapai keputusan yang sama, produk tersebut serta-merta ditolak. Inilah yang dinamakan standard keselamatan tertinggi!
Rekod Konsisten Selama 26 Tahun Tanpa Cacat Cela:
Tahap keselamatan dan keberkesanan produk ini telah terbukti dan mengekalkan rekod cemerlang selama 26 tahun. Setiap kali proses review atau semakan semula dilakukan oleh pihak berkuasa, para panel tetap berpuas hati sepenuhnya dengan kualiti yang konsisten.
Undang-Undang & Penguatkuasaan Yang Sangat Tegas:
Di bawah Akta Pemakanan Kesihatan yang ketat (seperti di Taiwan), kesalahan atau pemberian maklumat yang tidak tepat bukan sekadar dikenakan denda biasa, malah membawa hukuman berat sehingga 3 tahun penjara dan denda mencecah TWD1 juta (sekitar RM126,622 / SGD 39,947). Penguatkuasaan mereka sangat cekap dan tiada ruang untuk syarikat mengambil mudah.
Keunggulan 4 Pensijilan Makanan Kesihatan Pertama di Taiwan
Disebabkan kawalan ketat inilah, Shuang Hor berjaya mencipta sejarah merangkul 4 pensijilan makanan kesihatan utama yang pertama di Taiwan—suatu pencapaian unggul yang kekal tanpa pesaing mengatasi selama 26 tahun walaupun pasaran dibanjiri syarikat bioteknologi besar dari Eropah, Amerika, dan Jepun:
🛡️ Modulasi Imun (Pertama di Taiwan - Sejak 2000)
🫀 Perlindungan Hati (Pertama di Taiwan)
⏳ Melambatkan Penuaan (Pertama di Taiwan)
🌿 Antialergi (Pertama di Taiwan)
Refleksi untuk kita bersama: Ubat-ubatan hospital pun belum tentu mempunyai pensijilan khusus. Jika diikutkan, apabila doktor hospital memberi ubat, kita jarang sekali meragui keselamatannya—kita terus ambil dan anggap semuanya okay kerana diletakkan kepercayaan penuh kepada doktor pakar. Jadi, bermula dari sekarang, tidak salah dan sudah tiba masanya untuk kita lebih prihatin serta mengambil tahu setiap apa yang masuk ke dalam tubuh badan kita.
Tambahan p**a, yang hendak makan dan menjaga kesihatan itu adalah diri kita sendiri, bukan orang lain.
Nanti, kita akan sambung lagi perkongsian serta pelbagai ilmu bermanfaat lain yang kami perolehi semasa menghadiri Ganoderma Camp Sabtu lepas!
DISCLAIMER / PENAFIAN:
-Perkongsian ini adalah untuk tujuan perkongsian maklumat, pendidikan kesihatan, dan pengalaman peribadi sahaja.
-Kandungan ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat, diagnosis, atau rawatan perubatan profesional.
-Sentiasa rujuk kepada doktor atau pakar kesihatan bertauliah sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai keadaan kesihatan atau sebelum memulakan sebarang pengambilan produk kesihatan.
-Keputusan dan tindak balas individu mungkin berbeza.