Lior Farm

Call Website Contact the business

Lior Farm Lior Farm adalah pengeluar madu kelulut 100% asli dari ladang sendiri di Kuala Terengganu

27/10/2026

Makluman: LIOR FARM tutup bermula 27.10.2026 sehingga 1.11.2026. Beroperasi semula pada 2.11.2026.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PELEKAT 2026: NAFAS BARU MEMACU INDUSTRI KELULUT TERENGGANUHari ini, 24 Oktober 2026, Lior Farm ...
24/10/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PELEKAT 2026: NAFAS BARU MEMACU INDUSTRI KELULUT TERENGGANU

Hari ini, 24 Oktober 2026, Lior Farm berasa amat berbesar hati dan bangga kerana diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Agung Tahun (AGM) Persatuan Pengusaha Lebah Kelulut Terengganu (PELEKAT).

AGM pada kali ini membawa signifikan yang amat besar dan disifatkan sebagai suntikan nafas baru buat PELEKAT dalam usaha memperkasakan industri penternakan kelulut di negeri Terengganu.

Hasil daripada mesyuarat tersebut, kepimpinan persatuan terus diberi mandat di mana jawatan Presiden dikekalkan, manakala 90% Barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dilantik merupakan muka-muka baharu. Gabungan kepimpinan sedia ada bersama barisan AJK baharu ini diyakini mampu membawa tenaga, idea, dan strategi yang lebih segar untuk kemajuan ahli.

Aplikasi Baharu PELEKAT: Inovasi Didorong Kepercayaan & Kecekapan

Sebagai langkah proaktif ke hadapan, PELEKAT turut melancarkan sebuah aplikasi khas yang dibangunkan untuk memodenkan sektor ini:

1. Jaminan Kualiti Pengguna: Aplikasi ini direka khas untuk memberikan keyakinan penuh kepada pembeli dan pengguna terhadap ketulenan serta kualiti madu kelulut yang dihasilkan oleh penternak berdaftar di bawah PELEKAT.

2. Pengurusan Ladang Sistematik: Membantu para penternak menguruskan rekod, operasi, dan pengeluaran ladang secara digital dan lebih teratur.

Lior Farm ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan baharu yang dilantik. Semoga amanah ini dapat digalas dengan cemerlang demi memartabatkan industri kelulut negara.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli PELEKAT yang hadir menjayakan mesyuarat pada hari ini.

Digital

Hari ni tutup awal ye. COD kejap petang ni.
19/10/2026

Hari ni tutup awal ye. COD kejap petang ni.

๐Ÿ“ข ๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—”๐—š๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ž ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—ง ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ (๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—”๐—ง) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒDimaklumkan bahawa M...
17/10/2026

๐Ÿ“ข ๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—”๐—š๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ž ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—ง ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ (๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—”๐—ง) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PELEKAT Tahun 2026 akan diadakan seperti berikut:

๐Ÿ“… ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚)
โฐ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ: ๐Ÿญ๐Ÿฌ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ โ€“ ๐Ÿญ๐Ÿฎ.๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ
๐Ÿ“ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜: ๐—Ÿ๐—ถ๐—ผ๐—ฟ ๐—™๐—ฎ๐—ฟ๐—บ, ๐—ž๐—ด. ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ผ๐—น ๐—–๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ, ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ, ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚.

๐Ÿ Kepada yang masih belum mendaftar keahlian melalui sistem PELEKAT, sila buat pendaftaran di:

๐ŸŒ *https://mypelekat.com*

Kehadiran dan sokongan semua ahli amatlah dihargai demi kemajuan persatuan kita.

Terima kasih.

๐™€๐™ฃ๐™˜๐™ž๐™  ๐™Ž๐™–๐™ž๐™›๐™ช๐™ก
๐™Ž๐™š๐™ฉ๐™ž๐™–๐™ช๐™จ๐™–๐™๐™– ๐™‹๐™€๐™‡๐™€๐™†๐˜ผ๐™
๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™จ๐™–๐™ข๐™– ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™™๐™–๐™ฎ๐™– ๐™Ž๐™–๐™ž๐™ฃ๐™œ

๐Ÿ ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ž๐—ฎ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—น๐˜‚๐˜, ๐—”๐—น๐—ฎ๐—บ & ๐—›๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ? ๐ŸŒฟPernah tak kita terfikir, sekelompok lebah kelulut dalam sarang sebenar...
17/10/2026

๐Ÿ ๐—”๐—ฃ๐—” ๐—ž๐—ฎ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—น๐˜‚๐˜, ๐—”๐—น๐—ฎ๐—บ & ๐—›๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ? ๐ŸŒฟ

Pernah tak kita terfikir, sekelompok lebah kelulut dalam sarang sebenarnya membawa pengajaran yang sangat besar tentang ikatan (bonding) antara anak dan ibu bapa?

Sama seperti ekosistem alam, sesebuah keluarga itu saling memerlukan untuk terus hidup dan berkembang dengan harmoni. Mari kita lihat 4 persamaan indah ini:

โœจ ๐Ÿญ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐˜€๐˜‚๐—ฟ๐—ถ & ๐—œ๐—ฏ๐˜‚ ๐—•๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ: ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต ๐—ฆ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด

Permaisuri kelulut mengeluarkan feromon yang membuatkan seluruh koloni berasa tenang dan bersatu. Begitulah juga ibu bapa di rumah kehadiran, pelukan, dan kasih sayang ibu bapa adalah "feromon" yang memberi rasa selamat dan ketenangan jiwa buat anak-anak.

โœจ ๐Ÿฎ. ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐— ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ & ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ธ: ๐—•๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ "๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต" ๐——๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—น๐˜‚

Lebah pekerja yang baru menetas tidak terus terbang jauh. Mereka belajar bertugas di dalam sarang dahulu membersihkan sel, menjaga larva, dan membina kantung madu. Seperti anak-anak kita, mereka memerlukan masa di rumah untuk dibimbing dengan nilai, ilmu, dan asas kehidupan sebelum sedia melepaskan sayap ke dunia luar.

โœจ ๐Ÿฏ. ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น: ๐—•๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป

Di pintu corongnya, lebah pengawal sentiasa berjaga daripada penceroboh. Sama seperti ibu bapa yang menetapkan sempadan (boundaries) dan melindungi anak-anak daripada bahaya atau pengaruh negatif, sambil mengajar mereka menilai mana yang baik dan buruk.

โœจ ๐Ÿฐ. ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ก๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ฎ๐—ฟ & ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป

Lebah dewasa terbang jauh mencari nektar dan debunga. Hasil yang dibawa balik bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk dikongsi dengan seluruh sarang. Bukankah ini gambaran pengorbanan ibu bapa yang keluar bekerja keras demi rezeki dan masa depan anak-anak?

๐ŸŒฑ ๐—˜๐—ธ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜, ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต

Jika alam persekitarannya sihat, koloni kelulut akan menghasilkan madu yang manis dan berkualiti. Sama juga dengan keluarga apabila wujud komunikasi yang baik, rasa hormat, dan kasih sayang, "ekosistem" emosi anak-anak akan membesar dengan kukuh dan berdaya tahan.

Mari kita bina "sarang" keluarga kita dengan kasih sayang dan perlindungan yang terbaik! โค๏ธ๐Ÿ Sambil tu jangan lupa amalkan madu kelulut setiap hari untuk menjaga kesihatan anda sekeluarga secara optimum.

๐Ÿ˜ท ๐— ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—บ ๐—ท๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚ ๐—ป๐—ถ, ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ? ๐—•๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ, ๐—ด๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—น ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ, ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฎ.Masa-masa macam ni lah b...
12/10/2026

๐Ÿ˜ท ๐— ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—บ ๐—ท๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚ ๐—ป๐—ถ, ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ? ๐—•๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ, ๐—ด๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—น ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ, ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—ฝ๐˜‚๐—ป ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฎ.

Masa-masa macam ni lah badan kita paling perlukan perlindungan ekstra. Madu kelulut asli kaya dengan antioksidan dan sifat antibakteria semulajadi yang sangat baik untuk bantu redakan sakit tekak dan tingkatkan sistem imun badan.

Tapi kami faham...

Jadual harian penuh dengan meeting, kerja bertimbun, nak keluar pergi restock madu pun memang tak sempat! ๐Ÿ˜…

Jangan risau, anda duduk pejabat / rumah sahaja, kami yang hantarkan terus ke pintu anda! ๐Ÿ›ต๐Ÿ’จ

Tak perlu pusing cari parkir, tak perlu redah jerebu kat luar. Anda cuma perlu order, kami uruskan selebihnya.

Visit liorfarm.com
Whatsapps 011-1709 9970

Cuba tanya pada siapa pernah datang ke Lior Farm, pernah tak nampak Lior Farm rumput panjang dan bersepah?Memang tak per...
12/10/2026

Cuba tanya pada siapa pernah datang ke Lior Farm, pernah tak nampak Lior Farm rumput panjang dan bersepah?

Memang tak pernah. Sebab kita memang menitikberatkan kebersihan dan keselesaan dekat Lior Farm. Supaya pengunjung dapat merasai suasana kampung tapi dalam keadaan yang selesa.

Tapi mu tak tahu sebalik tabir, โ€˜Mepehโ€™ jugak nok pegang mesin rumput bagi rumput pendek gining! ๐Ÿ˜‚๐ŸŒพTerima kasih pada our gardener, Pok Zaki setia dari dulu sampai sekarang jaga landskap Lior๐Ÿ™๐Ÿป

Gini lah bila buat tempat agrotourism. Nok bagi pengunjung rasa comfort, tempat kena sokmo bersih, takleh semak samun. Bila rumput pakat pendek rapi, barulah sedap mata memandang, nak amik gambo pun baru lah lawo orang kata.

Jadi harini 12 Oktober 2026 kita buat maintenance kawasan sekejap demi keselesaan anda semua hari esok.

11/10/2026
11/10/2026

๐—ž๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—น๐˜‚๐˜ & ๐—ฃ๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ธ ๐——๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐ŸŒณ๐Ÿ

Lately ni ramai yang datang melawat, teruja tengok pokok duku penuh dengan buah. Sampai patah dahan sebab "muatan lebih". Tambah pulak bila tengok banyak buah duku jatuh berguguran.

"๐˜š๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ข๐˜ณ ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ซ๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ค๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ต๐˜ถ ๐˜ซ๐˜ฆ. ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ? ๐˜‘๐˜ถ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ฌ๐˜ฆ?"

Lama masing-masing perhati. But suddenly mata tetiba bersinar.

"๐˜Œ๐˜ฉ ๐˜ฆ๐˜ฉ...๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ต ๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ. ๐˜ˆ๐˜ต๐˜ข๐˜ด ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ฐ๐˜ฌ, ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ฐ๐˜ฌ."

"๐˜ˆ๐˜ฉ๐˜ข, ๐˜ด๐˜ฐ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต'๐˜ด ๐˜ธ๐˜ฉ๐˜บ ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ฏ'๐˜ต ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต ๐˜ข๐˜ญ๐˜ญ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ง๐˜ณ๐˜ถ๐˜ช๐˜ต. ๐˜ ๐˜ฐ๐˜ถ'๐˜ท๐˜ฆ ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ต ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ต๐˜บ ๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜ต๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜ด๐˜ต๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ค๐˜ฉ๐˜ด ๐˜ต๐˜ฐ ๐˜ง๐˜ช๐˜ญ๐˜ญ ๐˜ถ๐˜ฑ!"

"๐˜ ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ด๐˜ด, ๐˜ฆ๐˜น๐˜ข๐˜ค๐˜ต๐˜ญ๐˜บ! ๐˜๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜ธ๐˜ฆ ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ท๐˜ฆ ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜บ ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฆ ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ด."

"๐˜•๐˜– ๐˜ž๐˜–๐˜•๐˜‹๐˜Œ๐˜™!"

Sebenarnya, kelulut dengan pokok duku saling memerlukan. Jom kita korek kisah "cinta" kelulut dengan pokok duku๐Ÿ’˜

๐˜ฝ๐™–๐™— 1: ๐™…๐™–๐™ฃ๐™Ÿ๐™ž ๐™Ž๐™š๐™ข๐™–๐™จ๐™– ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™—๐™ช๐™ฃ๐™œ๐™– ๐ŸŒธ๐ŸŒนโš˜๏ธ

Kisah ini bermula bila pokok duku mula mengeluarkan bunga-bunga kecil yang wangi.

Pokok duku tahu, dia tak boleh hasilkan buah yang lebat kalau tak ada 'penolong' untuk kahwinkan bunganya. Jadi, pokok duku pun keluarkan nektar bunga (cecair manis di dalam bunga) sebagai "jemputan khas" buat lebah kelulut.

Kelulut yang datang teruja! Sambil menyedut nektar yang sedap & awesome, debunga duku akan melekat dekat badan kelulut. Bila kelulut terbang dari satu bunga ke satu bunga yang lain, dia secara tak sengaja telah bantu debungakan pokok duku.

Hasilnya? Pokok duku dapat hasilkan buah duku yang lebat dan sihat!

๐˜ฝ๐™–๐™— 2: ๐™‹๐™š๐™จ๐™ฉ๐™– ๐˜ฝ๐™ช๐™–๐™ ๐™๐™–๐™ฃ๐™ช๐™ข๐ŸŒณ๐Ÿซ’

Beberapa bulan kemudian, buah duku makin membesar dan masak ranum dipokok.

Bila buah duku terlalu masak, kulitnya yang nipis kadang-kadang akan pecah secara semula jadi. Ataupun, ada retakan kecil sebab digigit burung. Bila kulit duku pecah, jus duku yang manis terembes keluar.

Masa inilah kelulut datang balik bertandang!

Dengan proboscis laksana straw, kelulut hisap jus manis dari kulit buah duku ini tadi. Bagi kelulut, jus buah duku membekalkan tenaga tambahan yang sangat berkhasiat, terutamanya bila musim bunga dah habis.

๐˜ฝ๐™–๐™— 3: ๐™๐™–๐™๐™จ๐™ž๐™– ๐™ˆ๐™–๐™™๐™ช ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™–๐™ง๐™ค๐™ข๐™– ๐˜ฟ๐™ช๐™ ๐™ช ๐Ÿฏ

Cerita tak berhenti di situ. Apa jadi bila kelulut bawa jus duku ni balik ke sarang?

Di dalam perut kelulut, jus duku ini bercampur dengan enzim semula jadi lebah. Bila disimpan dalam kantung yang diperbuat daripada propolis, ia mengalami proses pemeraman (fermentasi) semula jadi.

Inilah rahsia kenapa madu kelulut di kawasan dusun terutamanya dusun duku ada aroma serta rasa yang sangat unik! Fruity & Yummy! Rasa manis-manis buah, sedikit masam yang segar, dan aroma duku yang wangi.

๐Ÿ’ก ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜€:

Dalam alam semula jadi, tak ada yang sia-sia.

๐ŸŒณPokok duku bagi makanan (nektar & jus buah) kepada kelulut.

๐ŸKelulut tolong pokok duku berbuah lebat menerusi pendebungaan.

โค๏ธ Satu hubungan yang sangat indah dan saling melengkapi!

A single spoonful, a million benefits. Experience the signature sweet and sour taste of pure stingless bee honey natureโ€™...
10/10/2026

A single spoonful, a million benefits. Experience the signature sweet and sour taste of pure stingless bee honey natureโ€™s daily remedy for optimal health ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ˜„





Address

Lot 1108, Kampung Banggol Cempedak, Serada
Kuala
20050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lior Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Lior Farm:

Shortcuts

Share