Cuba Komen

Cuba Komen Pandangan Rakyat Mengenai Isu Semasa, Politik & Pentadbiran.

01/10/2026

SIAPA SEBENARNYA “DERHAKA” DI NEGERI SEMBILAN?

Sistem beraja Negeri Sembilan unik dimana Undang bukan sekadar pembesar adat, tetapi mempunyai kedudukan tersendiri dalam struktur pemerintahan negeri.

Bila kuasa adat, kerajaan negeri dan institusi Raja bertembung, siapa sebenarnya mempunyai kuasa?

Ini bukan sekadar soal politik. Ini soal adat, perlembagaan dan bidang kuasa.

24/09/2026

Anthony Loke berundur… tanda bantahan atau persoalan tentang batas kuasa politik?

Keputusan pengampunan yang melibatkan Najib Razak mencetuskan perdebatan besar apabila wujud reaksi politik daripada pemimpin kerajaan.

Dalam politik, setiap tindakan membawa persoalan:
Adakah ia soal prinsip?
Adakah ia soal pendirian?
Atau bagaimana kita melihat hubungan antara keputusan institusi dan perjuangan politik?

Satu isu, pelbagai pandangan.

23/09/2026

Bukan tunggu masalah berlaku baru bertindak.

Remaja perlukan ilmu, panduan dan ruang untuk bertanya sebelum mereka berdepan risiko sebenar.

Sebab kalau kita tak beri jawapan yang betul, internet akan jawab dulu.

PEKERTI Negara membina remaja yang lebih peka, bersedia dan tahu melindungi diri.

19/09/2026

Reformasi bukan diuji bila kita setuju. Ia diuji bila keputusan, orang atau isu itu menyentuh pihak sendiri.

Kalau prinsip berubah ikut siapa yang terlibat, rakyat memang berhak tanya, konsistensi itu sebenarnya di mana?

Malaysia

17/09/2026

PH, SAMPAI BILA NAK GUNA NAJIB JADI PERISAI?

Bila isu semasa timbul, nama Najib juga yang ditarik. Rakyat tanya ekonomi, integriti dan tadbir urus hari ini, jadi jawablah isu hari ini. Kalau betul pegang prinsip antirasuah, gunakan standard yang sama kepada semua pihak. Jangan propaganda dulu, fakta kemudian. Jangan berlindung di belakang Najib.

16/09/2026

Sabah dan Sarawak bukan sekadar menerima projek besar, tetapi juga bantuan yang menyentuh kehidupan harian rakyat. Dari Pan Borneo Highway, bekalan air dan elektrik luar bandar, internet, bantuan BR1M, kemudahan kesihatan, peluang ekonomi hinggalah pengukuhan keselamatan melalui ESSCOM dan banyak asas pembangunan ini digerakkan ketika era Najib. Boleh berbeza pandangan tentang politik, tapi rekod pembangunan tetap wajar dilihat secara menyeluruh.

BR1M PembangunanRakyat Malaysia

12/09/2026

Pengampunan bukan bermaksud mahkamah salah menghukum. Ia adalah sebahagian daripada sistem yang memberi ruang untuk insaf, pemulihan dan peluang kedua. Kalau prinsip ini pernah terpakai kepada orang lain, ia juga perlu dihormati tanpa pilih bulu.

28/08/2026

Bila susah dapat anak, jangan terus salahkan isteri.

Di bawah kepimpinan Datuk Seri Nancy Shukri, LPPKN menerusi BuAI memperluas sokongan kesuburan kepada pasangan termasuk memberi perhatian kepada kesuburan dan kesejahteraan lelaki.

Usaha mendapatkan zuriat adalah perjalanan bersama. ❤️

31/07/2026

Kesejahteraan keluarga bermula dengan kesejahteraan setiap ahlinya, termasuk lelaki dan bapa.

Komitmen Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dalam memperkukuh sokongan kepada lelaki melalui inisiatif Ayah Budiman membuktikan bahawa kesihatan mental, keibubapaan dan kesejahteraan emosi perlu diberi perhatian.

Ayah Budiman. Ayah Hebat, Keluarga Sejahtera.

12/06/2026

Media sosial bawah 16 tahun diharamkan. Langkah perlindungan atau terlalu mengongkong?

Dengan kes buli siber, scam, grooming seksual dan eksploitasi kanak-kanak yang semakin meningkat, adakah had umur 16 tahun ini wajar dilaksanakan?

Setuju atau tidak? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen. 👇

MalaysiaMADANI

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cuba Komen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share