MISI Bintulu

MISI Bintulu MISI FOODS..DIJAMIN SAMA DENGAN HARGA KEDAI

21/09/2026

Terima kasih kepada semua vendor yang menyertai Misi dan para pengguna yang terus menyokong kami.
Di sebalik setiap order, ada rider yang menanti rezeki. Sokongan anda amat bermakna buat kami semua. 💛💛💛

⚡ LAPAR? JOM ORDER DI MISI SEKARANG! 🛵💨Tak perlu susah-susah keluar rumah redah jem atau hujan! Rider Misi sentiasa sedi...
20/09/2026

⚡ LAPAR? JOM ORDER DI MISI SEKARANG! 🛵💨

Tak perlu susah-susah keluar rumah redah jem atau hujan! Rider Misi sentiasa sedia untuk hantar makanan kegemaran anda terus ke pintu rumah.
Kenapa pilih Misi?
✅ Harga Sama Seperti di Kedai – Tiada caj tersembunyi!
✅ Penghantaran Pantas & Cekap – Makanan sampai panas-panas.
✅ Sokong Local Rider – Perkhidmatan mesra dan dipercayai.
Bila lapar je, terus tekan App Misi! Muat turun aplikasi Misi sekarang di App Store atau Google Play Store. 👇

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026! 🇲🇾Hari ini kita meraikan semangat kebersamaan, perpaduan dan keharmonian seluru...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026! 🇲🇾

Hari ini kita meraikan semangat kebersamaan, perpaduan dan keharmonian seluruh rakyat Malaysia. ❤️💛

Daripada Misi Delivery Bintulu, kami mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh warga Bintulu dan rakyat Malaysia di mana jua berada.

Malaysia Kita Bersama.

Terus Bersatu, Terus Maju! 🇲🇾
Terima kasih kerana terus menyokong Misi Bintulu dan perniagaan tempatan.

🛵💛 Lebih Dekat, Lebih Mudah.






KENYATAAN MEDIADAKWAAN INSIDEN KEBOCORAN DATA MELIBATKAN PLATFORM MISIUntuk Siaran Segera [Tarikh: 8 September 2026]KUAL...
08/09/2026

KENYATAAN MEDIA
DAKWAAN INSIDEN KEBOCORAN DATA MELIBATKAN PLATFORM MISI

Untuk Siaran Segera [Tarikh: 8 September 2026]

KUALA LUMPUR — Misi mengambil maklum mengenai dakwaan insiden kebocoran data yang didakwa melibatkan platform kami, yang mula tular pada 8 September 2026.

Kami memandang serius setiap dakwaan yang menyentuh keselamatan data dan privasi pengguna kami. Sebaik sahaja menerima maklumat tersebut, pas**an keselamatan siber kami telah memulakan siasatan dalaman secara menyeluruh bagi mengesahkan kesahihan dakwaan ini serta mengenal pasti sama ada berlaku sebarang akses tanpa kebenaran terhadap sistem kami.

Untuk makluman, platform Misi dibangunkan dengan pelbagai lapisan kawalan keselamatan, termasuk penyulitan data, pemantauan sistem secara berterusan, kawalan capaian yang ketat serta penilaian keselamatan yang dijalankan secara berkala. Walau bagaimanapun, kami tidak memandang ringan sebarang dakwaan seumpama ini dan siasatan sedang giat dijalankan dengan penuh teliti.

Kami juga sedang berhubung dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses siasatan, selaras dengan tanggungjawab kami di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Sementara siasatan dijalankan, kami menasihatkan para pengguna supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang panggilan, e-mel atau pesanan yang mencurigakan yang mendakwa datang daripada Misi, dan tidak berkongsi maklumat peribadi atau kata laluan dengan mana-mana pihak.

Kami komited untuk mengendalikan perkara ini secara telus dan bertanggungjawab. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi kami dari semasa ke semasa.

08/09/2026

Bintulu bermula sebagai bandar nelayan, kemudian berkembang jadi antara pusat industri utama Sarawak. Dalam Misi pun saya nampak semangat perkembangan yang sama. Walaupun ranking order dia dah masuk kelompok atas, perkara yang paling menarik ialah community Bintulu berada di ranking nombor dua daripada 192 kawasan. Maknanya orang Bintulu bukan sekadar datang untuk order.. diorang juga berkongsi dan menghidupkan ruang lokal dalam Misi. Bila satu kawasan kuat pada community, bisnes dan services lebih mudah dikenali orang. Orang Bintulu, apa yang korang paling s**a tengok dekat community Misi?

06/09/2026

KISAH MISI

INI KISAH CIP HAMKA RIDER MISI DARI BINTULU

salah seorang rider kami di Bintulu , seorang rider yang dihormati dikalangan rider yang lebih muda, semoga kisah cip Hamka menjadi inspirasi kepada semua rider food delivery di luar sana
..

**Disclaimer segala video berdasarkan kisah sebenar... Kecuali watak isteri dan anak diubah dalam video ini.

06/09/2026

Sedia semua...video penuh pagi ini jam 7 pagi di page fb misi bintulu

Kisah cip hamka..rider misi dari bintulu yang sentiasa duty walaupun sudah berusia demi mencari rezeki untuk keluarga tersayang

JOM HANTAR DENGAN MISI XPRESS!📦 Hantar barang ke mana saja, mudah & pantas!🎁 Customer baru? Guna kod M26A2QOGPKlik • Ord...
31/08/2026

JOM HANTAR DENGAN MISI XPRESS!

📦 Hantar barang ke mana saja, mudah & pantas!

🎁 Customer baru? Guna kod M26A2QOGP
Klik • Order • Hantar! 🔥

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2026 🇲🇾Semangat kebangsaan bukan sekadar pada warna dan simbol, tetapi pada kesatuan, usaha d...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2026 🇲🇾

Semangat kebangsaan bukan sekadar pada warna dan simbol, tetapi pada kesatuan, usaha dan sumbangan kita membina masa depan yang lebih baik.

Ayuh kita terus melangkah bersama, memperkukuh perpaduan, menyemai semangat patriotisme dan membina Malaysia yang lebih maju, harmoni serta sejahtera. 💙💛

Ikhlas daripada

💙 MISI SARAWAK 💛

Bersama Rakyat, Menggerakkan Kemajuan.

27/08/2026

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MISI Bintulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed grocery store?

Share